Jawatan Kosong Muzium Negeri Kedah Darul Aman

Muzium Negeri Kedah Darul AmanMuzium Negeri Kedah adalah bekas Istana Kota Setar, yang merupakan pusat pemerintahan baginda Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II. Bangunan Muzium Negeri Kedah dibina pada tahun 1736 dan memaparkan adunan kesenian Melayu dan kesenian pengaruh Siam. Semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddi Mukarram Shah, bangunan Muzium Negeri Kedah ini juga dikenali sebagai Istana Pelamin kerana menjadi persada upacara perkahwinan di raja untuk beberapa kali. Muzium Negeri Kedah menyimpan pelbagai khazanah Kesultanan Kedah dan pusaka kebudayaan negeri Kedah Darul Aman.
Kedah RM1,218.00 - RM2,939.00Tutup permohonan: 6 November 2019

Jawatan Kosong Muzium Negeri Kedah Darul Aman. Portal jawatan kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Muzium Negeri Kedah Darul Aman yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh Tutup : 6 November 2019
Minima Kelayakan : PMR / PT3
Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00

Syarat & Kelayakan

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil PMR / PT3 untuk layak memohon.
4. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja;
5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Jawatan tersebut bolehlah dipohon melalui Borang MNK 1/19 yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Pejabat Muzium Negeri Kedah Darul Aman dengan harga RM2.00 sekeping. Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat berikut:-

PENGARAH,
MUZIUM NEGERI KEDAH DARUL AMAN,
LEBUHRAYA DARUL AMAN,
BAKAR BATA,
05100 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:- 06 November 2019 (Rabu) sebelum jam 5.00 petang

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak

4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan

6. Pentadbiran Muzium Negeri Kedah Darul Aman tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

7. Muat turun maklumat lanjut & syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh terus melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan. Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah dan pantas di kerjakosong.co ini.

Selain itu, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Kedah untuk pencarian kerja kosong di negeri Kedah atau anda juga boleh melayari Jawatan Kosong Swasta untuk pencarian kerja kosong di sektor swasta.

JANGAN LUPA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA!

One Response

  1. Rosmawati

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.