Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Portal jawatan kosong 2020 ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). MIROS merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) adalah salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-
Butiran Maklumat Jawatan Kosong MIROS
Jawatan Yang Ditawarkan:
1. PEMBANTU PENERBITAN GRED N19
Tarikh Tutup : 30 September 2020
Minima Kelayakan : SPM
Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
Kelayakan & Syarat
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya SPM untuk memohon.
4. Lain-lain syarat dan kelayakan serta bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.
Cara Memohon (Klik di Bawah)
1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my.
2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
(d) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
(e) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2020 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga.
7. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA
8. Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : ** KLIK DISINI **
Info Tambahan
P/S: Sila layari laman Jawatan Kosong Swasta untuk meneruskan pencarian pekerjaan anda dalam sektor swasta kerana kerjakosong.co menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta.
Teringin menjadi salah seorang kakitangan kerajaan? Sila layari juga laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk memohon kerja di sektor kerajaan atau layari laman Jawatan Kosong Selangor untuk pencarian kerja di negeri Selangor.
SELAMAT MEMOHON DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !