Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Selangor RM2,080.00 - RM9,546.00Tutup permohonan: 23 Oktober 2019

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Portal jawatan kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Tarikh Tutup : 23 Oktober 2019
Minima Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
Gaji: RM2,080.00 – RM9,546.00

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda untuk memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain syarat dan kelayakan serta bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)


1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my.

2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:

(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
(d) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
(e) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Oktober 2019 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA

7. Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Sila layari laman Jawatan Kosong Swasta untuk meneruskan pencarian pekerjaan anda dalam sektor swasta kerana kerjakosong.co menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta. Teringin menjadi salah seorang kakitangan kerajaan? Sila layari juga laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk memohon kerja di sektor kerajaan atau layari laman Jawatan Kosong Selangor untuk pencarian kerja di negeri Selangor.

SELAMAT MEMOHON DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.