Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang). Kekosongan di MPSepang telah membuka peluang jawatan 2019 kepada warganegara Malaysia yang berminat dalam bidang ini serta berkelayakan.

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

JAWATAN YANG DITAWARKAN:

1. Penolong Juru Ukur Bahan, Gred JA29 1 (Kontrak)
2. Penolong Arkitek Landskap, Gred JA29 1 (kontrak)
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Gred U29 1 (Kontrak)
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred FA29 1 (Kontrak)
5. Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 1 (Kontrak)
6. Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred N19 1 (Kontrak)
7. Pembantu Penguatkuasa, Gred KP19 20 (Kontrak)
8. Pembantu Pustakawan, Gred S19 1 (Kontrak)
9. Pembantu Tadbir (P/O), Gred N19 1 (Kontrak)
10. Pembantu Kesihatan Awam, Gred U19 1 (Kontrak)
11. Pembantu Operasi, Gred N11 1 (Kontrak)
12. Pemandu Kenderaan, Gred H11 6 (Kontrak)
13. Pembantu Awam 5 (Kontrak)

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Mei 2019
Lokasi: Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelayakan Minimum: PMR / SPM / Diploma
Gaji: RM1,218.00 – RM 5,701.00

CARA MOHON DAN MAKLUMAT PERMOHONAN:

1) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Perbandaran Sepang di alamat www.mpsepang.gov.my.

2) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.

3) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.

4) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

6) Alamat permohonan:


Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.

Maklumat Dan Iklan Jawatan PenuhKlik Disini

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

P/S : Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam bulan dianggap tidak berjaya.

Lain-lain Jawatan Kosong:

1. Jawatan Kosong Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA)
2. Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) – Kerani Sambilan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.