Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat

Majlis Perbandaran SegamatMajlis Perbandaran Segamat (MPS) ialah salah satu pihak berkuasa tempatan di daerah Segamat, Johor selain Majlis Daerah Labis. MPS merupakan sebuah penguasa tempatan dalam negeri Johor berautonomi sendiri yang mempunyai luas kawasan 103.55 batu persegi dan bilangan penduduk seramai 92,000 orang mengikut bancian pada tahun 1991. Kadar pertambahan penduduk adalah 1.8 peratus.
JohorTutup permohonan: 22 Oktober 2019

Like Us

Klik Like Page Untuk Dapatkan Update Terkini!

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat. Portal kerja kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Majlis Perbandaran Segamat yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Arkitek J41
2. Akauntan WA41
3. Pegawai Penilaian W41
4. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J41
5. Penolong Pegawai Tadbir N29
6. Pembantu Tadbir (P/O) N19
7. Pembantu Kesihatan Awam U19
8. Pembantu Penguatkuasa KP19
9. Penolong Arkitek Landskap (PSH) JA29

Tarikh Tutup : 22 Oktober 2019
Minima Kelayakan : SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda
Gaji : Rujuk Iklan

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain syarat kelayakan dan bidang tugas untuk jawatan ini, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan memuat turun borang di laman web www.mpsegamat.gov.my.

(b) Permohonan daripada jawatan Gred 29 hingga Gred 41 ke atas hendaklah disertakan dengan “video resume” dalam bentuk soft copy sebagaimana berikut:-

i) Berdurasi tidak lebih dari 3 minit.
ii) Menggunakan suara sebenar pemohon.
iii) Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.
iv) Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.
v) Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
vi) Pekerjaan.aktiviti terakhir atau semasa pemohon.
vii) Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.
viii) Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon.
ix) Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau NGO.
x) Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
xi) Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
xii) Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon

(c) Permohonan-permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
85000 SEGAMAT JOHOR.

d) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan. Semua permohonan hendaklah
disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut :-

(i) Kad Pengenalan Diri yang telah disahkan;
(ii) Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
(iii) Sijil Berhenti Sekolah dan sijil Persekolahan yang telah disahkan;
(iv) Sijil Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan;
(v) Transkip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma/ijazah sebenar masih belum diterima) yang telah disahkan;
(vi) Satu (1) keping gambar terkini berukuran ‘paspot’;
(vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jka ada) yang telah disahkan.

(e) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut Peraturan-Peraturan Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Peraturan 17 Bab A.

(f) Bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil perlu mendapatkan pengiktirafan kelayakan di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dilampirkan bersama resume permohonan.

(g) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti di dalam iklan akan DITOLAK SERTA-MERTA.

(h) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(i) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

(j) Pihak Pentadbiran Majlis Perbandaran Segamat tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

PERINGATAN : SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL) ATAU PENGHULU MUKIM/KETUA KAMPUNG.

IKLAN PENUH DAN BORANG JAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT:-

1. Muat Turun Iklan Jawatan Kosong MPS.pdf
2. Muat Turun Borang Jawatan Kosong MPS.pdf

Info Tambahan

P/S: Sila layari laman Jawatan Kosong Swasta untuk meneruskan pencarian pekerjaan anda dalam sektor swasta kerana kerjakosong.co menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta. Teringin menjadi salah seorang kakitangan kerajaan? Sila layari juga laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk memohon kerja di sektor kerajaan atau layari laman Jawatan Kosong Johor untuk pencarian kerja di negeri Johor.

SELAMAT MEMOHON DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.