Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)

Majlis Perbandaran Pasir GudangMajlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Kawasan tadbiran MPPG berkeluasan 311 kilometer persegi (31,132 hektar) yang meliputi Mukim Tiram dan sebahagian Mukim Plentong.
JohorTutup permohonan: 30 Januari 2020

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Portal jawatan kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia. Kepada mereka yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan MPPG

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pegawai Hidupan Liar G41
2. Penolong Pegawai Seni Bina JA29
3. Penolong Juruukur Bahan JA29
4. Penolong Jurutera JA29
5. Penolong Pegawai Tadbir N29
6. Penolong Pegawai Penilaian W29
7. Penolong Juruaudit W29
8. Penolong Akauntan W29
9. Penolong Pegawai Pertanian G29
10. Penolong Pegawai Penguat kuasa KP29

Tarikh Tutup : 30 Januari 2020
Minima Kelayakan : PMR / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda
Gaji : Rujuk Iklan

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya PMR / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Lain-lain syarat kelayakan dan bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan bayaran RM1.00 setiap borang yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan MPPG atau muat turun secara percuma melalui laman web www.mppg.gov.my.

2) Semua permohonan hendaklah disertakan:-

a) Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
b) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan / Salinan Sijil Berhenti Sekolah
c) Salinan Lesen Memandu
d) Gambar warna berukuran passport
e) Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada, Serta dialamatkan kepada;

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

3) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 18 Bab A Tahun 2012 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan).

4) Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Januari 2020.

5) Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

6) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

7) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

8) ** Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK:

i) Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak ditandatangani
ii) Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap
iii) Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan
iv) Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan
v) Pemohon tidak memenuhi/ tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan
vi) Tidak menyatakan gambar passport berwarna

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di negeri Johor? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Johor kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Johor

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!