Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar

Majlis Perbandaran MuarMajlis Perbandaran Muar (MPM) (مجليس ڤربندرن موار, Muar Municipal Council) adalah kerajaan tempatan yang bertanggungjwab mentadbir perbandaran Muar, Johor Darul Ta'zim.
JohorTutup permohonan: 29 Mac 2020

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar. Portal kerja kosong kerajaan membawakan anda peluang pekerjaan di Majlis Perbandaran Muar yang kini dibuka untuk ambilan terbaru 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut:-

Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pegawai Kesihatan Persekitaran
2. Jurutera
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
5. Penolong Pegawai Tadbir
6. Pembantu Tadbir (P/O)
7. Pembantu Awam
8. Pembantu Operasi
9. Pemandu Kenderaan

Tarikh Tutup : 29 Mac 2020
Minima Kelayakan : PMR atau PT3 / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda
Gaji : Rujuk Iklan

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya PMR atau PT3 / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web Majlis Perbandaran Muar iaitu: www.mpmuar.gov.my atau di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang, dan hari Khamis dari jam 08.00 pagi hingga 03.30 petang dengan bayaran RM 1.00/set. Sila  sertakan sekeping gambar terbaru berukuran passport dan salinan yang telah disahkan  semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan;

2) Pemohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing masing mengikut Perintah Am 17 Bab A dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini;

3) Bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil perlu mendapatkan pengiktirafan kelayakan di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui laman web  http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dilampirkan bersama resume permohonan.

4) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MUAR
KARUNG BERKUNCI NO. 516
84009 MUAR

5) Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Mac 2020.

6) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

7) Untuk maklumat lanjut bagi setiap jawatan & borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di Johor? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Johor kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Johor.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!