Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang)

Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang)Majlis Perbandaran Kluang diberi kuasa menerusi Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan beberapa akta lain berkaitan serta Undang-undang Kecil untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. Sejarah penubuhannya sebagai penguasa tempatan bermula pada tahun 1920 apabila Lembaga Bandaran Kluang dibuka. Lembaga Bandaran Kluang telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang pada tahun 1957, Majlis Daerah Kluang Utara pada 1977 dan seterusnya diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kluang pada 8 Mei 2001.
Johor RM1,352.00 - RM2,529.00Tutup permohonan: 14 Februari 2020

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang). Portal kerja kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Majlis Perbandaran Kluang yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada mereka yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan MPKluang

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. JURUTERA J41
2. PEGAWAI TADBIR N41
3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR JA29
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
5. PEMBANTU TADBIR N19
6. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

Tarikh Tutup : 14 Februari 2020
Minima Kelayakan : SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda
Gaji : RM1,352.00 – RM2,529.00

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda untuk memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)

1) Permohonan hendaklah SECARA ONLINE DI LAMAN WEB http://esistem.mpkluang.gov.my/eJOB_MPKLUANG. Sebarang masalah berkaitan permohonan jawatan sila hubungi Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kluang di talian 07 – 7771473/1410

TARIKH TUTUP PERMOHONAN SEBELUM ATAU PADA : 14 FEBRUARI 2020

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;

b) Permohonan bagi jawatan Gred 29 dan Gred 41 hendaklah disertakan dengan ‘video resume’ sebagaimana berikut :

i. Berdurasi tidak lebih dari 3 minit
ii. Menggunakan suara pemohon sebenar
iii. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:

– Ringkasan Latarbelakang keluarga pemohon
– Ringkasan latarbelakang Pendidikan pemohon
– Ringkasan pengalaman kerja pemohonan
– Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon
– Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohonan
– Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon
– Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’
– Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
– Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon
– Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon

iv. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif dan hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat [email protected]. Sila pastikan setiap video yang dihantar mempunyai Nama, No. KP pemohon dan Jawatan yang dipohon (rename).

c) Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan dan muat turun gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Pemohon yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan atau tidak lengkap akan DITOLAK.

d) Hanya calon-calon yang ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dihubungi untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam(6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap sebagai tidak TIDAK BERJAYA.

e) ** Untuk maklumat lanjut dan syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di negeri Johor? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Johor kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Johor.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!