Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Portal jawatan kosong terkini membuka peluang pekerjaan di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-
Maklumat Jawatan Kosong MPKj
1. Pegawai Tadbir N41
2. Pegawai Perancang Bandar & Desa J41
3. Penghantar Notis N11
Tarikh Tutup : 19 Oktober 2020
Minima Kelayakan : PMR atau PT3 / Ijazah Sarjana Muda
Lokasi : Selangor
Syarat Kelayakan & Bidang Tugas
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya PMR atau PT3 / Ijazah Sarjana Muda untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.
Cara Memohon (Klik di Bawah)
1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.
2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
(i) Salinan Kad Pengenalan.
(ii) Sijil Kelahiran.
(iii) Sijil-sijil Persekolahan.
(iv) Sekeping Gambar Berukuran Pasport.
(v) Salinan Lesen Memandu (Jawatan Pembantu Operasi Gred N11 sahaja)
3. Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.
4. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama – sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.
5. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.
6. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.
7. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga.
8. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.
9. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)
Tarikh Tutup: 19 Oktober 2020
10. Untuk maklumat lanjut untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI | IKLAN PENUH JAWATAN & BORANG JAWATAN KOSONG MPKj
Info Tambahan
P/S: Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh terus melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan. Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah dan pantas di kerjakosong.co ini.
Selain itu, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Selangor untuk pencarian kerja kosong di Selangor atau anda juga boleh melayari Jawatan Kosong Swasta untuk jawatan kosong sektor swasta.
JANGAN LUPA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA!