Jawatan Kosong Melaka » Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin). Portal jawatan kosong 2020 ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada mereka yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan Kosong MPJasin

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP29
2. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19
3. PENOLONG AKAUNTAN
4. PEMBANTU TADBIR ( PERKERANIAN / OPERASI) N19
5. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh Tutup : 8 Oktober 2020
Minima Kelayakan : PMR atau PT3 / SPM / Diploma
Lokasi : Melaka

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya PMR atau PT3 / SPM / Diploma atau setaraf untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi jawatan ini, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)


a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.

(b) Borang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di pejabat Majlis Perbandaran Jasin serta melayari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Jasin (http://www.mpjasin.gov.my).

(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana–mana Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas dan Penghulu Kerajaan Sahaja).

(d) Pegawai-pegawai Kerajaan/Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang sedang berkhidmat dikehendaki membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A dan melampirkan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun yang terkini.

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JASIN
VISTA ALAMANDA
77000 JASIN
MELAKA.

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 8 OKTOBER 2020.

g) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya :-

  • Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
  • Tidak lengkap
  • Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan
  • Tidak menandatangani borang permohonan

CATATAN

(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan dan berjaya melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan atau setelah di temuduga tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan/temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

Muat turun maklumat lanjut sila klik pautan berikut : * KLIK DISINI | BORANG DAN IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG MP JASIN  *

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di negeri Melaka? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Melaka kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Melaka.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Leave a Comment

×