Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin. Portal jawatan kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Majlis Daerah Tampin dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-
Maklumat Jawatan Majlis Daerah Tampin
Jawatan Yang Ditawarkan:
1. PEMBANTU AKAUN
2. PEMBANTU PENGUATKUASA
3. PEMBANTU TADBIR
4. PENGHANTAR NOTIS
5. PEMBANTU OPERASI
6. PENGAWAL KESELAMATAN
7. PEMBANTU AWAM
Tarikh Tutup : 19 November 2019
Minima Kelayakan : PMR / SPM
Gaji: RM1,205.00 – RM4,052.00
Kelayakan & Syarat
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya PMR / SPM untuk memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain syarat dan kelayakan serta bidang tugas untuk jawatan ini, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.
Cara Memohon (Klik di Bawah)
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Tampin (Jabatan Khidmat Pengurusan, Bahagian Pentadbiran Dan Perkhidmatan)
2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan
(i) Salinan MyKad;
(ii) Salinan Sijil lahir
(iii) Gambar berukuran pasport (diletakkan di muka hadapan borang);
(iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan
(v) Semua salinan PERLU disahkan oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengerusi MPKK/ Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah/ Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri yang mempunyai cop rasmi jawatan.
(vi) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.
(vii) Kepada mereka yang aktif dalam bidang sukan digalakkan memohon.
(viii)Setiap pemohon WAJIB hadir dan menjalani semua ujian serta LULUS ujianyang ditetapkan sebelum boleh disenarai pendek bagi menghadiri temuduga.
3. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
(i) tidak disertakan dokumen yang diperlukan.
(ii) tidak lengkap atau tidak terang.
(iii) tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan.
(iv) tidak ditandatangani.
(v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.
(vi) permohonan yang diterima selepas tarikh tutup
4. Tarikh Permohonan Dibuka : 13 NOVEMBER 2019 (RABU)
5. Tarikh Permohonan Ditutup : 19 NOVEMBER 2019 (SELASA)
6. Alamat Permohonan:-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TAMPIN,
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
7. Catatan Am:
(a) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/ senarau pendek sahaja akan dipannggil untuk ujian fizikal dan/ atau temuduga;
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam
(6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tampin;
(c) Pentadbiran Majlis Daerah Tampin tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga/ ujian fizikal dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.
** Untuk maklumat lanjut & borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI
Info Tambahan
P/S: Sila layari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk meneruskan pencarian pekerjaan anda dalam sektor kerajaan kerana kerjakosong.co menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan.
Sila layari juga laman Jawatan Kosong Swasta untuk memohon kerja di sektor swasta atau layari laman Jawatan Kosong Negeri Sembilan untuk pencarian kerja di Negeri Sembilan.
SELAMAT MEMOHON DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !
I need this job