Jawatan Kosong Majlis Daerah Rompin

Jawatan Kosong Majlis Daerah RompinMajlis Daerah Rompin (MDR) ialah salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Pahang yang dipertanggungjawabkan dengan bidang tugas yang merangkumi aspek-aspek kawalan perniagaan, penguatkuasaan, kawalan pembangunan, percukaian, kebersihan dan sebagainya di daerah Rompin. Jumlah penduduk mengikut bancian tahun 2000 ialah 101,877 orang.
Pahang RM1,549.00 - RM5,774.00Tutup permohonan: 26 Disember 2019

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Jawatan Kosong Majlis Daerah Rompin. Portal kerja kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Majlis Daerah Rompin yang kini dibuka untuk semua Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan Majlis Daerah Rompin

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U32
2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29
3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
4. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) GRED JA29

Tarikh Tutup : 26 Disember 2019
Minima Kelayakan : Diploma
Gaji : RM1,549.00 – RM5,774.00

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma untuk layak memohon.
4. Lain-lain syarat kelayakan serta bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Rompin yang boleh didapati di laman web Majlis Daerah Rompin di alamat www.mdrompin.gov.my untuk setiap satu (1) jawatan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 10” x 15”. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

(d) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:

(i) tidak lengkap, tidak ditandatangani, tidak disertakan gambar, tidak terang dan memohon jawatan yang tidak diiklankan;
(ii) tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
(iii) tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;
(iv) permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan; dan
(v) tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.

(e) ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH ROMPIN
26800 KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR

Sebelum atau pada 26 Disember 2019

(f) Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi.

CATATAN AM

a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

** Untuk maklumat lanjut & syarat permohonan jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh terus melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan. Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah dan pantas di kerjakosong.co ini.

Selain itu, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Pahang untuk pencarian kerja kosong di Pahang atau anda juga boleh melayari Jawatan Kosong Swasta untuk jawatan kosong sektor swasta.

JANGAN LUPA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA!

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!