Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian

Majlis Daerah PontianMajlis Daerah Pontian telah ditubuhkan pada 01hb November, 1976 di bawah Akta 124 (Akta Sementara) yang kemudiannya diistiharkan sebagai Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pentadbiran Majlis ini merangkumi kawasan seluas 1080 hektar meliputi Bandar Pontian, Pekan Nanas, Benut, Permas dan Ayer Baloi. .
Johor RM1,377.00 - RM5,701.00Tutup permohonan: 30 Oktober 2019

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian. Portal kerja kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Majlis Daerah Pontian yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada mereka yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PENOLONG JURUTERA JA29
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19
4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
5. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
6. PEMANDU KENDERAAN H11

Tarikh Tutup : 30 Oktober 2019
Minima Kelayakan : PMR / SPM / Diploma
Gaji : RM1,377.00 – RM5,701.00

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya PMR / SPM / Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan juga permohonan adalah bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)


1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati secara percuma di Majlis Daerah Pontian atau boleh dimuat turun di laman web: http://www.mdpontian.gov.my.

2. Borang permohonan hendaklah ditampal dengan sekeping gambar berukuran passport serta disertakan dokumen-dokumen berikut yang telah diakui sah:-

1.1 Salinan kad pengenalan
1.2 Salinan sijil kelahiran
1.3 Salinan sijil-sijil persekolahan
1.4 Salinan kelulusan akademik
1.5 Salinan transkrip keputusan peperiksaan
1.6 Lain-lain dokumen sokongan

3. Borang permohonan jawatan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Pontian
Jalan Alsagoff
82000 Pontian

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 Oktober 2019

4. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini;

5. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

6. Bagi kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil perlu melampirkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://www.interactive.jpa.gov.my/WebInteraktif/frmsenaraipengiktirafanbaru.asp bersama borang permohonan.

7. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

t.t
NOR SYAZLAN BIN ABD RAZAK
Yang Dipertua
Majlis Daerah Pontian
Jalan Alsagoff
82000 Pontian

8. Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI.

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di negeri Johor? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Johor kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Johor.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.