Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor

Majlis Daerah Kuala SelangorMajlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Selangor RM1,352.00 - RM4,005.00Tutup permohonan: 14 November 2019

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor. Portal kerja kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Majlis Daerah Kuala Selangor dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Tarikh Tutup : 14 November 2019
Minima Kelayakan : SPM
Gaji: RM1,352.00 – RM4,005.00

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya SPM untuk layak memohon.
4. Lain-lain syarat dan kelayakan serta bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Semua permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor hendaklah dibuat dengan mengisi borang terkini (Cetakan Internet Bil. 2/2019) yang dimuat turun dari portal rasmi Majlis Daerah Kuala Selangor;

2) Semua permohonan hendaklah disertakan:-

i. Resume;
ii. Salinan akademik (PMR / SPM );
iii. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, Ibu dan Bapa);
iv. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
v. Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa;
vi. Salinan Sijil Tamat Persekolahan;
vii. Salinan Lesen Memandu (mana yang berkenaan)
viii. Dua Keping Gambar Berukuran Pasport (Tidak Dikembalikan).

[Pastikan perkara ii hingga vii adalah salinan yang telah disahkan daripada salinan asal]

3) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) terkini;

4) Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.

5) Alamat Permohonan :

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Majlis
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

Nota : sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat

6) Perhatian :-

a) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga;
b) Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut;

i) Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
ii) Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).

7) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Urus setia melalui telefon atau melalui 03-32891439 (Bahagian Sumber Manusia).

8) Untuk maklumat lanjut & borang permohonan jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Sila layari lamanĀ  Jawatan Kosong Kerajaan untuk meneruskan pencarian pekerjaan anda dalam sektor kerajaan kerana kerjakosong.co menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan.

Sila layari juga laman Jawatan Kosong Swasta untuk memohon kerja di sektor swasta atau layari Jawatan Kosong Selangor untuk pencarian kerja di negeri Selangor.

SELAMAT MEMOHON DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.