Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi. Portal kerja kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Majlis Daerah Kota Tinggi yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada mereka yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-
Maklumat Jawatan
Jawatan Yang Ditawarkan:
1. JURUTERA GRED J41
2. AKAUNTAN GRED WA41
Tarikh Tutup : 27 Oktober 2019
Minima Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
Gaji : RM2,529.00 – RM9,643.00
Syarat Kelayakan & Bidang Tugas
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.
Cara Memohon (Klik di Bawah)
(1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau boleh dimuat turun melalui laman web www.mdkt.gov.my dan bayaran hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos.
(2) Permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ”A” Bil.18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
(3) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan (diakui salinan sah), kad pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 27 OKTOBER 2019 ( AHAD )
(4) Pemohon juga hendaklah menyediakan ’Video Resume’ sebagaimana berikut :-
4.1 Berdurasi tidak lebih dari 3 minit.
4.2 Menggunakan suara pemohon sebenar.
4.3 Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah :-
4.3.1 Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.
4.3.2 Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.
4.3.3 Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
4.3.4 Pekerjaan/aktiviti terakhir atau semasa pemohon.
4.3.5 Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.
4.3.6 Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon.
4.3.7 Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ’NGO’.
4.3.8 Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
4.3.9 Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
4.4 Pemohon digalakan menghasilkan ’video resume’ yang unik dan kreatif.
4.5 Semua ’video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat mdkt@mdkt.gov.my
(5) Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
(6) Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI.
Info Tambahan
P/S: Berminat kerja di negeri Johor? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Johor kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Johor.
Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.
SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !