Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi – Pembantu Awam

Majlis Daerah Kota TinggiPada awal penubuhan Majlis Daerah Kota Tinggi dikenali sebagai Lembaga Bandaran di mana sebahagian Pentadbiran adalah di bawah pentadbiran Pihak Kerajaan. Pada 01 April 1961, Lembaga Bandaran telah ditukar kepada Majlis Bandaran di mana keseluruhan pentadbiran menjadi Badan Berkanun dan Kewangan Berautonomi serta mendapat bantuan pemberian dari Kerajaan Negeri. Fungsi MDKT ialah merancang dan melaksanakan pembangunan kawasan MDKT di dalam pelbagai aspek selaras dengan dasar dan strategi pembangunan.
Johor RM1,218.00 – RM2,939.00Tutup permohonan: 3 Sep 2019

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi. Portal jawatan kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Majlis Daerah Kota Tinggi yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia. Kepada mereka yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1.  PEMBANTU AWAM GRED H11

Tarikh Tutup : 3 September 2019
Minima Kelayakan : PT3 atau PMR
Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya PT3 / PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3 / PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau boleh dimuat turun melalui laman web www.mdkt.gov.my dan bayaran hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos.

2) Permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ”A” Bil.18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

3) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan (diakui salinan sah), kad pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM

4) Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 September 2019.

5) Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggiluntuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

6) Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI.

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di negeri Johor? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Johor kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Johor. Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta. SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.