Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)


Like Us

Klik Like Page Untuk Dapatkan Update Terkini!

Jawatan Kosong Suruhanjaya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Kekosongan di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah membuka peluang jawatan kosong 2019 kepada warganegara Malaysia yang berminat dalam bidang ini serta berkelayakan (keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim).

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

JAWATAN YANG DITAWARKAN:

1. Pembantu Kesihatan Awam U19
2. Pembantu Penguat Kuasa (Tempat Letak Kereta) KP19

Tarikh Tutup Permohonan: 12 MEI 2019
Lokasi: Johor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON DAN MAKLUMAT PERMOHANAN :


a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my atau sila klik pada pautan link dibawah.

b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

c) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-

  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  • Salinan transkrip pengajian; Salinan sijil Diploma/Ijazah;
  • Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil / Diploma / Ijazah);
  • Salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
  • Salinan Lesen Kelas Memandu;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan sijil kelahiran; dan
  • Gambar berukuran pasport terbaru.

 

dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

d) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

P/S : Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam bulan dianggap tidak berjaya.

=====================

Lain-lain Jawatan Kosong:

1. Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP ~ Anggota Kumpulan Pelaksana H11/N11 & N19
2. Jawatan Kosong Di Jabatan Perangkaan Pahang 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.