Jawatan Kosong Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul AmanKini, usaha untuk terus mengukuhkan institusi zakat Kedah melalui penambahbaikan undang-undang zakat terus dititikberatkan oleh Jawatankuasa Zakat Kedah bagi memastikan satu undang-undang lengkap yang bukan sahaja merangkumi zakat padi, malah zakat harta yang lain turut diwujudkan. Usaha berterusan ini akhirnya membuahkan hasil apabila pada tahun 2015, enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) diperkenalkan menggantikan enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK). Enakmen ini sekaligus menyaksikan pengurusan LZNK terus unggul seterusnya memastikan lebih ramai asnaf diluar sana dibela.
Kedah RM1,400.00 - RM5,000.00Tutup permohonan: 26 September 2019

Like Us

Klik Like Page Untuk Dapatkan Update Terkini!

Jawatan Kosong Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman. Portal jawatan kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. EKSEKUTIF GRED Z9 (SOFTWARE / WEB APPLICATION DEVELOPER)

Tarikh Tutup : 26 September 2019
Minima Kelayakan : Diploma
Gaji : RM1,400.00 – RM5,000.00

Syarat & Kelayakan

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil Diploma untuk layak memohon.
4. Bertanggungjawab merancang/ merekabentuk / membangunkan sistem dan menganalisis masalah dan penyelesaian sistem.
5. Lain-lain syarat dan kelayakan untuk jawatan ini, sila rujuk maklumat dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh didapati dalam LAMAN WEB https://www.zakatkedah.com.my.

2) Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

3) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama permohonan:-

a) Sekeping gambar terbaru berukuran passport
b) Kad pengenalan
c) Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
d) Sijil berhenti sekolah
e) Sijil akademik (SPM/DIPLOMA/IJAZAH)

4) Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah:-

a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat yang berukuran 229 mm x 423 mm dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos);
b) Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON.

5) Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup permohonan:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
TINGKAT 3, MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
(u/p : Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)

6) Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 September 2019.

7) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya.

8) Untuk maklumat lanjut & borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

PERMOHONAN YANG DITOLAK

1. Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dalam iklan ini;
2. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan atau tidak jelas;
3. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan.

Info Tambahan

P/S: Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh terus melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan. Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah dan pantas di kerjakosong.co ini.

Selain itu, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Kedah untuk pencarian kerja kosong di negeri Kedah atau anda juga boleh melayari Jawatan Kosong Swasta untuk pencarian kerja kosong di sektor swasta.

JANGAN LUPA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.