Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Kekosongan di LADA sebagai penolong pegawai tadbir telah membuka peluang jawatan kosong 2019 kepada warganegara Malaysia yang berminat dalam bidang ini serta berkelayakan.
JAWATAN YANG DITAWARKAN:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED SETARA 29
Tarikh Tutup Permohonan: 2 Mei 2019
Lokasi: Kedah
Sektor : Kerajaan
Kelayakan Minimum: Diploma
CARA MOHON DAN MAKLUMAT PERMOHONAN:
1. Warganegara Malaysia yang memenuhi cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
2. Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan termasuk salinan sijil ujian lisan Bahasa Melayu (SPM) dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport,salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lainlain dokumen yang berkaitan serta disahkan;
3. Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)
4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 2 Mei 2019. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9600 600.
Maklumat Penuh : Klik Disini
P/S : Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
Lain-lain Jawatan Kosong:
1. Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan DBKL
2. Jawatan Kosong Pegawai Psikologi (UMK)