Notice: Undefined variable: newWAdesc in /home/yourdom4/kerjakosong.co/wp-content/plugins/wp_essb_share1/lib/core/essb-button-helper.php on line 474
Jawatan Kosong Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang. Portal jawatan kosong 2020 ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang kini dibuka. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-
Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak)
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 (Kontrak)
3. Pembantu Operasi Gred N11 (Kontrak)
4. Pengawal Keselamatan Gred KP11 (Kontrak)
Tarikh Tutup : 13 November 2020
Minima Kelayakan : PMR atau PT3 / Diploma / Ijazah
Gaji : RM1,205.00 – RM9,546.00
Syarat & Kelayakan
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya PMR atau PT3 / Diploma / Ijazah atau setaraf untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi jawatan ini, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.
Cara Memohon (Klik di Bawah)
(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi melalui laman sesawang di www.penangmuseum.gov.my, facebook/muziumnegeripulaupinang atau datang sendiri ke Pejabat Pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang di Bilik Orkid, Dewan Sri Pinang, Jalan Tun Syed Barakbah, 10450 George Town, Pulau Pinang.
(ii) Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.
(iii) Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran passport, butiran diri (resume) yang menyatakan kelayakan akademik, pengalaman bekerja, kad pengenalan, sijilsijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal.
(iv) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.
(v) Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada :-
Bahagian Pentadbiran (Perjawatan)
Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
Bilik Orkid, Dewan Sri Pinang
Jalan Tun Syed Barakbah
10450 George Town, Pulau Pinang
(vi) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima untuk pertimbangan.
CATATAN AM
(i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temu duga.
(ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(iii) Segala perbelanjaan bagi urusan temu duga hendaklah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
(iv) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.
(v) Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang cergas dan mempunyai daya inisiatif / komitmen yang tinggi dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.
Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan bagi setiap jawatan ditawarkan sila klik di pautan di bawah:
1) IKLAN PENUH JAWATAN LMNPP – KLIK DISINI
2) BORANG PERMOHONAN JAWATAN LMNPP – KLIK DISINI
Info Tambahan
P/S: Berminat kerja di Pulau Pinang? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Pulau Pinang kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Pulau Pinang.
Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.
SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !