Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Lembaga Pembangunan LangkawiLembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai DESTINASI PELANCONGAN ANTARABANGSA
Kedah RM1100 - RM2999Tutup permohonan: 12 Mac 2019 MOHON SEKARANG

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) – 12 Mac 2019

Jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada bulan Mac 2019. Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai :

1. JURUFOTOGRAFI GRED SETARA 19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 12 MAC 2019
LOKASI : Langkawi, Kedah
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Mac 2019

(1) Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) (i) Pemohon mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau

(ii) Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang fotografi atau kelayakan yang telah diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(c) Memiliki sekurang-kurangnya Gred C (kepujian) dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(d) Pemohon juga perlu lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan kebolehan, tahap bakat dan daya kreativiti dalam bidang seni foto, kamera filem atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh LADA. (Bagi pengisian di Unit Komunikasi Korporat keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai pengetahuan dalam bidang Seni Reka dan Seni Grafik)

Taraf Jawatan : Contract For Service

(2) Cara Memohon

2.1 BorangĀ  permohonan boleh didapati melalui laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. atauĀ  muat turun pada link muat turun yang diberikan di bawah. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.

2.2 Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan telah ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

(3) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

(4) Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Mac 2019.

Sebarang pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9600600.

Muat turun borang permohonan jawatan disini


MOHON SEKARANG

p/s : Klik DISINI untuk melihat kerja kosong yang lain

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.