Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Setiausaha Kerajaan Negeri KedahBahagian Khidmat Pengurusan merupakan salah satu daripada sepuluh bahagian yang terdapat di dalam organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Merujuk kepada kelulusan waran Perjawatan, Surat Kelulusan Perjawatan [B (31.00) 202/1/2 – Jilid.12 (62) bertarikh 13 Januari 2009, Cawangan Am Pentadbiran telah ditukar nama kepada Bahagian Khidmat Pengurusan. Ia merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan Kewangan, Pengurusan Majlis dan Protokol, Pentadbiran dan Pengurusan Bangunan dan Aset.
Kedah RM1,360.00 - RM5,679.00Tutup permohonan: 28 November 2019

Like Us

Klik Like Page Untuk Dapatkan Update Terkini!

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Portal kerja kosong terkini membawakan anda peluang pekerjaan di Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut:-

Maklumat Jawatan SUK Negeri Kedah

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEREKA GRAFIK
2. JURUFOTOGRAFI

Tarikh Tutup : 28 November 2019
Minima Kelayakan :  SPM / STPM / Diploma
Gaji : RM1,360.00 – RM5,679.00

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM / STPM / Diploma untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)


1) Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang SUK/BKP 01/2019 yang boleh didapati dan dimuat turun daripada Portal Kerajaan Negeri Kedah di alamat https://www.kedah.gov.my.

2) Pemohon yang berkelayakan sebagaimana yang ditetapkan di atas sahaja layak memohon. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke pentadbiran ini dengan disertakan sekeping gambar foto terbaru (berukuran pasport), salinan kad pengenalan (kpt), salinan perakuan beranak/sijil kelahiran, salinan semua sijil-sijil persekolahan (SRP/PMR, SPM/SPVM dan STPM), salinan sijil berhenti sekolah, salinan dokumen-dokumen lain yang disahkan. Tandatangan pengesahan salinan sijil/dokumen hendaklah dilengkapi dengan cop nama dan jawatannya. Semua salinan sijil/dokumen hendaklah bersaiz A4.

3) Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23 cm x 31 cm dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon. Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(U.p. Unit Pengurusan Pegawai Kontrak)

4) Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 November 2019 Jam 12.00 Tengah Hari.

5) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam bulan dianggap tidak berjaya.

6) Untuk maklumat lanjut & borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : Maklumat Lanjut Jawatan SUK Negeri Kedah – KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh terus melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan. Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah dan pantas di kerjakosong.co ini.

Selain itu, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Kedah untuk pencarian kerja kosong di negeri Kedah atau anda juga boleh melayari Jawatan Kosong Swasta untuk pencarian kerja kosong di sektor swasta.

JANGAN LUPA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.