Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Kementerian Pendidikan dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Pelbagai NegeriTutup permohonan: 31 Oktober 2019

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Portal jawatan kosong terkini membuka peluang pekerjaan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang kini dibuka untuk semua Warganegara Malaysia. Bagi mereka yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PENSYARAH AKADEMIK KOLEJ MATRIKULASI

Tarikh Tutup : 31 Oktober 2019
Minima Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
Gaji : Rujuk Iklan

SYARAT DAN KELAYAKAN

1) SYARAT-SYARAT UMUM

1.1 – PPP Gred DG44/ DG48 (KUP) / DG48 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP);

1.2 – Markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85 % bagi tahun 2016, 2017 dan 2018;

1.3 – Bebas daripada tindakan tatatetertib;

1.4 – Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun;

1.5 – Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan; dan

 

2) SYARAT-SYARAT KHUSUS

2.1 – Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi kursus yang dimohon;

2.2 – Fasih dalam Bahasa Inggeris (penulisan dan pertuturan);

2.3 – Bagi permohonan sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris, PPP perlu berada pada tahap penguasaan minimum Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) C1;

2.4 – Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik; dan

2.5 – Sedia berkhidmat di kolej matrikulasi yang ditawarkan sekurang-kurangnya 3 tahun.

Cara Memohon (Klik di Bawah)

Tindakan Pemohon

1) Melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti di Lampiran A; dan

2) Mencetak maklumat permohonan secara depan belakang, mengepilkan maklumat berdasarkan senarai semak dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan sokongan.

Tindakan Ketua Jabatan

1) Melengkapkan ruangan sokongan Ketua Jabatan beserta ulasan (mandatori);

2) Mengemukakan permohonan yang disokong sahaja kepada Bahagian Matrikulasi melalui alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6&7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.

Lain-lain

1) Sebarang pertanyaan boleh dibuat talian telefon 03-8884 4083/ 4081/ 4067/ 4078.

2) Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2019.

3) Hanya pegawai yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga. Sekiranya tiada sebarang jawapan diterima daripada urus setia dalam masa 12 bulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

MAKLUMAT LANJUT IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN & BORANG PERMOHONAN

1. Iklan Kekosongan Jawatan – KLIK DISINI
2. Borang Permohonan Jawatan – KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di sekitar Putrajaya? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Putrajaya kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Putrajaya.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

One Response

  1. Suhana

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.