Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Kekosongan di MIROS telah membuka peluang jawatan kosong 2019 kepada warganegara Malaysia yang berminat dalam bidang ini serta berkelayakan.

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

JAWATAN YANG DITAWARKAN:

1. PEMBANTU PENYELIDIKAN Q19

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Julai 2019
Lokasi: Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelayakan Minimum: SPM
Gaji: RM1,355.00 – RM4,007.00

CARA MOHON DAN MAKLUMAT PERMOHONAN:


1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my.

2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:

(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
(d) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
(e) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat: Urus Setia Pengambilan Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Julai 2019 (Isnin) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan

Maklumat Penuh Jawatan : Klik Disini

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

P/S : Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam bulan dianggap tidak berjaya.

Lain-lain Jawatan Kosong:

1. Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
2. Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.