KerjaKosong.Co » Jawatan Kosong KL » Jawatan Kosong Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Jawatan Kosong Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Jawatan Kosong Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan. Portal jawatan kosong 2020 membuka peluang pekerjaan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). ASWARA memerlukan kumpulan baru yang terdiri daripada individu yang dinamik, kreatif, inovatif, bermotivasi tinggi untuk bekerja dengan semangat berpasukan dan meminati serta menghargai bidang seni budaya dan warisan bagi merealisasikan misi dan visi penubuhan ASWARA.

Warganegara Malaysia yang mempunyai tahap keyakinan serta berintegriti tinggi, bersedia menghadapi cabaran untuk menyertai dunia pendidikan seni budaya dan warisan adalah dialu-alukan untuk mengisi jawatan berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

Tarikh Tutup : 15 Oktober 2019
Minima Kelayakan : Diploma / Ijazah
Gaji :  RM72.00 – RM100.00 SEHARI

Fungsi bidang tugas:

a) Membantu penganalisis dan pembangunan sistem dalam menghasilkan rekabentuk sistem;
b) Melaksanakan penyediaan rumusan tentang spesifikasi dan keperluan asas dalam pembangunan sistem;
c) Mengubah spesifikasi dan rekabentuk perisian kepada aturcara kefungsian yang berkualiti dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang bersesuaian;
d) Melaksanakan integrasi antara sistem yang berlainan bagi pengwujudan pangkalan data berpusat;
e) Membuat ujian terhadap aturcara secara berkala bagi memastikan sistem berjalan lancar dan melakukan debugging jika perlu;
f) Melakukan operasi naik taraf kepada versi terkini bagi memastikan perisian dan sistem lebih efisien dan terjamin keselamatannya; dan
g) Menghasilkan dokumen bagi tujuan manual pengguna dan manual teknikal untuk rujukan pentadbir sistem.

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki syarat-syarat seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia diperingkat SPM;
d) Memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; DAN
e) Mempunyai asas sebagai pengaturcara sistem dan berkemahiran di dalam bahasa pengaturcaraan PHP atau ASP, MySQL dan SQL.

Cara Memohon (Klik di Bawah)


Permohonan jawatan ini hendaklah mengemukakan resume ke emel seperti berikut: mohd.zahir@aswara.edu.my sebelum atau pada 15 Oktober 2020.

CATATAN AM

  • Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

** Muat turun maklumat lanjut mengenai jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI | MUAT TURUN IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG ASWARA

Info Tambahan

P/S: Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh terus melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan. Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah dan pantas di kerjakosong.co ini.

Selain itu, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Selangor untuk pencarian kerja kosong di negeri Selangor atau anda juga boleh melayari Jawatan Kosong Swasta untuk pencarian kerja kosong sektor swasta.

JANGAN LUPA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA!

Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×