KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Israel kini dilanda gempa bumi

Israel kini dilanda gempa bumi


Israel kini dilanda gempa bumi

TEL AVIV – Satu gempa bumi sekuat 4.2 Richter sehingga menggegarkan bandar-bandar di selatan Israel pada malam Rabu sehingga gegaran turut dirasakan di bahagian utara negara haram itu.

Kajian Geologi Israel menyatakan, pusat gegaran itu ialah 68 kilometer ke utara Eilat dengan kekuatan gegaran dapat dirasakan di bandar Beersheba, Yeruham dan gurun Arava.

Tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan berlaku akibat gempa bumi tersebut.

Kali terakhir gempa bumi dilaporkan berlaku di Israel ialah pada Januari lalu dan ia berpusat di Cyprus dan sekuat 4.1 pada skala Richter.

Pada Disember tahun lalu, wilayah Eilat telah digegarkan dengan gempa bumi sekuat 3.8 Richter. – Agensi

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×