Iklan Pengambilan Khas Guru KPM. 18,702 Kekosongan Dibuka!

Iklan Pengambilan Khas Guru KPM di bawah SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan).

Pengambilan Pegawai Pendidikan Gred DG41 secara’one-off’ ini telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan guru.

Sebanyak 18,702 kekosongan  dibuka kepada rakyat Malaysia & akan dibuka pada 7 Julai ini secara berperingkat.

Maklumat Iklan Pengambilan Khas Guru KPM :

Antara subjek yang kekurangan guru tertinggi :

  • Sekolah Rendah :
    • Bahasa Inggeris
    • Sejarah
    • Pendidikan Khas
    • Pendidikan Agama Islam
    • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Sekolah Menengah :
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Pendidikan Agama Islam
    • Pendidikan Khas
    • Reka Bentuk & Teknologi

kekurangan-guru-subjek (1)

Antara negeri yang tersenarai yang mempunyai kekurangan guru tertinggi pada tahun 2021 adalah Sabah, Sarawak, Selangor & Johor.

Mohon Juga : Jawatan Kosong SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)

Cara Permohonan (Klik Di Bawah):

Kepada calon-calon yang berminat untuk membuat permohonan guru ini, anda perlu membuat pendaftaran melalui Portal Rasmi SPP.

Sila rujuk cara daftar MySPP untuk maklumat lebih lanjut.

Pengambilan Khas Guru Secara One-off

Menurut Dr.Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan dalam sidang media baru-baru ini, pengambilan yang dibuat secara besar-besaran ini bukanlah pengambilan yang biasa.

KPM akan bekerjasama rapat dengan SPP untuk memastikan pengambilan ini lancar & teratur mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

Info Tambahan :

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan ini, sila hubungi SPP di :

  • Urusan Pengambilan : 03-88893 4020/19

Sumber : FB KPM

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×