Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA). Portal jawatan kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-
Maklumat Jawatan MARA
Jawatan Yang Ditawarkan:
1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E41)
2. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (GRED DV29)
3. PENOLONG JURUTERA (GRED JA29)
4. JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT19)
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (GRED N19)
6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W19)
7. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)
8. PEMBANTU OPERASI (GRED N11)
Tarikh Tutup : 26 Januari 2020
Minima Kelayakan : PMR / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda
Gaji : RM1,216.00 – RM9,549.00
Syarat & Kelayakan
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya PMR / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.
Cara Memohon (Klik di Bawah)
i. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.
ii. Permohonan hendaklah dibuat dengan secara online yang boleh dilayari melalui laman website MARA www.mara.gov.my.
iii. Salinan sijil-sijil kelayakan yang disahkan oleh pegawai kerajaan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi dan hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.
iv. Hanya permohonan yang dibuat secara online melalui laman website MARA sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak.
v. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 26 Januari 2020.
SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
KAEDAH PELAKSANAAN:
i. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Bagi jawatanjawatan yang menetapkan kelayakan ijazah dan diploma, keutamaan adalah kepada pemohon yang berpengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama dua (2) tahun.
ii. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
iii. Pemohon yang mempunyai diploma dan ijazah sarjana muda hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa menghadiri temu duga nanti.
iv. Pemohon yang berjaya dalam temu duga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
v. Salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan oleh pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi (RESUME) hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.
** Untuk maklumat lanjut & syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI > IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG MARA
Info Tambahan
P/S: Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh terus melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan. Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah dan pantas di kerjakosong.co ini.
Selain itu, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong KL untuk pencarian kerja kosong di negeri Kuala Lumpur atau anda juga boleh melayari Jawatan Kosong Swasta untuk pencarian kerja kosong di sektor swasta.
JANGAN LUPA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA!