Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) adalah sebuah majlis perbandaran di negeri Selangor, Malaysia. Ditubuhkan pada 1 Julai 1992 dan diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993. Ia terletak di dalam dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu Daerah Hulu Langat dan Daerah Gombak. Ia meliputi keseluruhan Mukim Ampang, Selangor, keseluruhan Mukim Hulu Kelang, Selangor dan sebahagian Mukim Setapak. Ia juga terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur iaitu bersempadan dengan wilayah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang.
Selangor RM54.00 SehariTutup permohonan: 7 Februari 2020

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Portal jawatan kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan MPAJ

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Tarikh Tutup : 7 Februari 2020
Minima Kelayakan : SPM
Gaji: RM54.00 Sehari

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya SPM untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ/PSH (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu www.mpaj.gov.my

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:

– Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
– Salinan Sijil-sijil Persekolahan;
– Salinan Kelulusan Akademik
– Salinan Sijil Ko-Kurikulum/Penghargaan; dan
 – 2 keping gambar ukuran passport (warna).

PENTING

* Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
* Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
* Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
* Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
* Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040/7037
* Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4
MENARA MPAJ
JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 7 FEBRUARI 2020 ( JUMAAT)

3. ** Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Sila layari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk meneruskan pencarian pekerjaan anda dalam sektor kerajaan kerana kerjakosong.co menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan.

Sila layari juga laman Jawatan Kosong Swasta untuk memohon kerja di sektor swasta atau layari laman Jawatan Kosong Selangor untuk pencarian kerja di negeri Selangor.

SELAMAT MEMOHON DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!