i Think – Peta Pemikiran

i-Think merupakan program yang memastikan pelajar-pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara inovatif & kreatif. i Think bermaksud Innovative Thinking yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]MyGfl iThink ini dikendalikan oleh Minister Of Education (MOE) dan ditawarkan kepada semua sekolah untuk semua sumber pembelajaran di Malaysia dan juga negara.[/su_note]

i-think program

Apa Itu I Think Program?

Program I-Think merupakan program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan dan memupuk kemahiran berfikir di kalangan pelajar untuk menghasilkan pelajar yang inovatif & kreatif.

Apakah Kebaikan Program I-Think?

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Program ini telah dikaji secara mendalam oleh REF Case Study ! Di mana ianya memang effektif.
  • Dengan menggunakan Alat Berfikir pelajar akan lebih fokus dan yakin di dalam kelas.
  • Program ini merupakan aktiviti yang berpusatkan pelajar.
  • Prestasi pelajar meningkat selepas menggunakan Alat Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Hubungan guru-pelajar lebih erat kerana guru memainkan peranan sebagai mentor.

[/su_list]

Pendekatan Untuk Setiap Sekolah

Alat-alat pembelajaran serta latihan akan diberikan kepada pentadbir, guru dan pelajar dalam mengajar dan belajar untuk berfikir.

Ini adalah penting kerana ilmu-ilmu dan prestasi pelajar seharusnya dipupuk melalui persekolahan. Secara tak langsung, ibu bapa dapat melihat prestasi cemerlang anak-anak mereka melalui sistem SAPS Ibu Bapa.

Info Lain Mengenai I-Think

Program I-Think telah diwujudkan di 10 buah sekolah di seluruh Malaysia. 6 di sekolah rendah & 4 di sekolah menengah. 

Pihak AIM telah melantik perunding-perunding daripada UK untuk kendalikan kursus & program kemahiran berfikir ini kepada guru-guru sekolah. Secara tak langsung ianya dapat juga mewujudkan peluang jawatan kosong 2020.

Semoga artikel yang penuh dengan info dan maklumat ini bermanfaat untuk pembaca-pembaca. Diharap anda dapat sebarkan artikel ini kepada semua.

Sumber: PPD Batang Padang

1 thought on “i Think – Peta Pemikiran”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×