Semak Status i-Suri KWSP – Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Semak status i-suri KWSP dan bagi mereka yang tidak dapat, boleh buat rayuan i-suri KWSP melalui sistem portal e-kasih.

Kerajaan Pakatan Harapan dalam Belanjawan 2020 telah meneruskan program i-Suri KWSP bagi suri rumah seluruh Malaysia sebagai satu inisiatif menjaga kebajikan suri rumah.

caruman i suri kwsp

Melalui insentif i-Suri KWSP online, suri rumah akan menerima sumbangan sebanyak RM480 setiap tahun bermula daripada tahun 2019. Selain itu, terdapat juga bantuan one off jika ada kematian mengejut, sebanyak RM2,500.

Setiap mereka yang dapat i-Suri KWSP ini akan dapat manfaat seperti pencarum KWSP yang lain.

Syarat Kelayakkan i-SURI KWSP

Warganegara Malaysia
Suri rumah yang berdaftar dalam program e-Kasih
Umur bawah 60 tahun
Mencarum KWSP sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60

Cara Mendaftar/Rayuan i-Suri KWSP


Jika anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif i-Suri KWSP ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad serta dua borang berikut:

Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa Untuk pembayaran)

Berikut maklumat terperinci tentang semakan status pendaftaran caruman KWSP Suri Rumah melalui sistem eKasih. Caruman suri rumah ini akan bermula minggu depan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim dikenali Program Sukarela Insentif SURI (SURI) itu.

Untuk makluman, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum isteri layak memohon tuntutan ini. Pertama, pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem eKasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai atau bujang).

Cara Pembayaran Caruman KWSP i-Suri

Cara mencarum KWSP i-Suri adalah dengan melalui tunai / cek di kaunter deposit KWSP.

Selain itu pemcaruman juga boleh dibuat di kaunter panel KWSP seperti Maybank, Public Bank, CIMB, Bank Simpanan Nasional, dan RHB bank. Pindahan wang melalui perbankan internet juga disediakan melalui Maybank & Public Bank.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleg terus ke portal KWSP disini. Bagi mereka yang berminat dengan jawatan kosong kwsp, boleh terus lawati halaman utama kami. Minima SPM.

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!