Berikut adalah cara & panduan mudah untuk login HRMIS 2.0 atau Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia 2020. HRMIS 2.0 adalah satu sistem Portal Rasmi yang dibangunkan khas untuk penjawat awam dalam mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia.

Apa Itu HRMIS 2.0
HRMIS 2.0 atau dikenali sebagai Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia merupakan portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam memastikan pengurusan Penjawat Awam untuk lebih sistematik dan berintegriti.
[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]Sistem HRMIS ini bukan sahaja digunakan oleh warga pendidik tetapi juga digunakan oleh penjawat awam dalam sektor atau kementerian lain.[/su_note]
HRMIS 2.0 Cara Login
Untuk log masuk ke sistem HRMIS laman utama, anda dinasihatkan untuk menggunakan Internet Explorer 11/ Chrome/ Mozilla Firefox. Sila klik di pautan berikut untuk akses ke Portal Rasmi HRMIS:
[su_button url=”https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx” target=”blank” style=”flat” size=”5″]http://www.eghrmis.gov.my/[/su_button]
Untuk cara mohon cuti secara online melalui HRMIS 2.0, sila ikuti pautan di bawah:
Langkah 1: Login HRMIS, masukkan ID & Kata Laluan anda.

Langkah 2: Pergi ke bahagian Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran, klik Pengurusan Cuti di bawah bahagian tersebut.

Langkah 3: Pergi ke bahagian Fungsi, kemudian tekan Permohonan Cuti & selepas itu Pemohon Cuti.
Langkah 4: Pilih Jenis Cuti & Kategori Cuti.

Langkah 5: Isi maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh cuti & alasan memohon cuti.
Fungsi Lain HRMIS2
Penjawat awam kebanyakkan menggunakan beberapa fungsi sahaja, seperti:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Pengurusan Prestasi
- Pengurusan Rekod & Peribadi
- Pengurusan Gaji
- Pengurusan Cuti
- DLL
[/su_list]
Jika anda baru sahaja masuk ke dalam sektor kerajaan, anda perlu kemaskini maklumat peribadi anda di dalam sistem ini. Pengisian segala maklumat peribadi dalam sistem ini penting kerana rekod di HRMIS ini memudahkan anda untuk perkara lain. Anda boleh juga muat turun aplikasi myhermis egl di Playstore atau AppStore.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin info lanjut, sila terus telefon ke nombor berikut 03-8321 1400
atau boleh hubungi pejabat di alamat:
Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,