
Seperti yang diumumkan pengkreditan bagi Geran Khas Prihatin telah pun bermula pada 8 Jun 2021.
Mari lihat cara membuat penyemakan status permohonan GKP 3.0 seperti dibawah:
APAKAH GKP 3.0?
GKP 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA GKP 3.0?
- Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 : RM1,000 (One-Off)
- Lulus permohonan baharu GKP 3.0 : RM1,000 (One-Off)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GKP 3.0
Mereka yang memohon GKP 3.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:-
- Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini.
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:-
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.
- Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021.
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
CARA SEMAKAN GKP 3.0
Semakan bagi status permohonan GKP 3.0 boleh dibuat di portal Geran Khas Prihatin (GKP). Ikuti langkah-langkah yang berikut:-
- Layari portal Geran Khas Prihatin (Sila klik untuk pergi ke portal tersebut)
- Masuk sebagai pengguna dan tetapkan kata laluan serta soalan keselamatan.
- Klik ‘Semakan Status’.
- Status bagi permohonan GKP anda akan akan dipaparkan.
TARIKH PENGKREDITAN GKP 3.0
Tarikh pengkreditan GKP 3.0 adalah seperti yang berikut:-
- Mulai 8 Jun 2021 – RM1000
- Julai 2021 – RM500 (Tarikh seterusnya akan dikemaskini oleh LHDN)
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi:-
HasilCare Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda. Terus berusaha dan maju jaya!