Sesiapa yang terkandas disebabkan oleh PKP, anda boleh membuat permohonan untuk keluar (rentas negeri) bermula esok (26 April) melalui aplikasi Gerak Malaysia. Menurut PDRM, PDRM memberi masa tiga hari (1-3 Mei) untuk orang ramai keluar.
Sila kemaskini semula permohonan anda pada 29 April 2020 untuk pengesahan destinasi. Status permohonan boleh disemak pada 1 Mei 2020. Sekiranya permohonan anda berjaya, anda boleh melakukan perjalanan dalam tempoh 1-3 Mei sahaja.
Cara Memohon Gerak Malaysia
1. Sila Download/ Muat Turun aplikasi di Google PlayStore atau App Store.
2. Sila masukkan maklumat peribadi anda.
3. Kemudian, tekan Generate QR Code.
4. Nyatakan sebab mengapa anda ingin keluar rumah.
5. Antara pilihan yang diberikan : Kecemasan, aktiviti penting, beli barang dapur, & pergerakan antara negeri.
Peringatan, pergerakan di antara negeri hanya dibolehkan kepada mereka yang terperangkap di kampung dan ingin ke kediaman masing-masing. Untuk permohonan balik kampung, masih tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa pada masa ini.
Info Tambahan
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]
- Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tidak menyediakan sebarang kemudahan & makanan di R&R.
- Surau-surau akan ditutup. Dan tidak boleh solat jemaah di surau.
- Hanya tandas awam yang akan beroperasi.
- Jika ingin berehat atau tidur, sila berbuat demikian di dalam kereta masing-masing. Anda tidak dibenarkan keluar kecuali ke tandas.
- Stesen minyak akan beroperasi pada jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja.
[/su_list]
Sila patuh arahan yang telah diberikan oleh PDRM. Langkah ini adalah untuk mengelakkan wabak Covid-19 daripada terus merebak. Hati-hati di jalan raya.
kalau mau p ambil anak di k.k pulang balik boleh kah tuu sbb anak sya tiadaa kerja dan tiada bekalan makanan .. lagi pun kalau ada anak sya boleh jaga nenek dea
Kalau nak balik sarawak boleh kah?? Sebab saya dah tak ada kerja gaji pun tak ada… Duduk negeri orang orang banyak pakai duit… Tiba masa habis pkp smua duit habis tunggu pkp habis nak balik…
Pengakutan awam di sedia x? Contoh ets bas tolong beri pencerahan terima kasih
Saya nak balik Perak boleh ke sekarang sy duduk kat Johor Bahru Keja pun cuti tak tahu gaji jalan ke tak duit pun dah habis….
Alamat tu nk isi alamat tempat terkandas atau alamat rumah yg nk dituju.. semalam ada nampak kena letak alamat tempat terkandas.. mana satu betul ye..?
dari sabah nk balik semenjung mcmn plk tu,,
sy nak balik rumah sendiri di miri…terkandas d bintulu…
Saya tinggal di Tawau manakala suami bekerja di Kunak, sepanjang tempoh PkP tidak pernah balik rumah. Dapat kah suami pulang rumah dalam bulan puasa ini?
NAK BALIK SABAH, TIADA DUIT BELANJA .Bantuan BPN PUN DIBAYAR Pada 4hb mei..
Sya nak balik umah sediri,terkandas dirumah kawan