eOperasi SSO Guru | Pernahkah anda mendengar mengenai eOperasi? eOperasi merupakan modul dibawah Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang telah dibangunkan oleh pihak KPM dan juga Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) . Selain itu, modul ini telah diselia oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Sektor Operasi Pendidikan KPM dan juga Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Segala data guru dan juga bukan guru diuruskan melalui modul ini. Pengguna bagi sistem ini adalah Pentadbir sistem, guru dan bukan guru. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda cara untuk login sistem ini.
eOperasi SSO Guru KPM Online Login
Bagi mengakses modul ini, anda perlu ke laman web : https://eoperasi.moe.gov.my/
Pengenalan Laman Utama eoperasi

Gambar di atas ini merupakan laman utama bagi eOperasi. Ia dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu login, link bantuan, pengumuman terkini serta notis hak cipta di bahagian bawah.
Pendaftaran e-operasi
- Sebelum anda dapat mengakses modul ini, anda perlulah mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.

- Isi semua ruangan yang diminta.

- Pergi ke bahagian log masuk dan masukkan ID pengguna dan kata laluan serta nombor kad pengenalan.Selepas itu, klik login.

Terlupa Kata Laluan (Password) eOperasi
- Jika lupa password, anda boleh dapatkan semula kata laluan tersebut dengan pilih link Lupa Kata Laluan yang ada di laman utama portal e-Operasi.
- Isikan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Klik link HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang pernah didaftarkan.

Ada ketikanya, kata laluan anda tidak lagi selamat kerana diketahui oleh orang lain. Maka, anda boleh juga menukar kata laluan anda.
- Anda boleh menukar kata laluan dengan pilih pautan Tukar Kata Laluan yang terdapat pada laman utama e-Operasi.
- Semua ruangan wajib diisi.
- Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah serupa seperti membuat pendaftaran pengguna.