Emas Yang Dipakai Atau Tidak, Tetap Kena Bayar Zakat, Ini Cara Kira.

Emas Yang Dipakai Atau Tidak, Tetap Kena Bayar Zakat, Ini Cara Kira.

Harga emas dah turun jadi ramailah mak-mak yang serbu kedai emas bagi membeli, memakai dan menyimpan emas. Jangan hanya tahu beli emas, tapi harus faham akan ilmu zakat emas. Hakikatnya, emas dipakai atau cuma disimpan ini, apabila sudah melebihi urufnya, zakat tetap perlu dilunaskan.

Perkongsian kali ini ialah seorang lelaki ini, Abdullah Mat Saman Al-Banjari ingin berkongsi panduan zakat emas yang diperoleh dari Ustaz Don Daniyal. Semoga bermanfaat untuk semua.

Cara Kira Zakat Emas Dipakai Atau Disimpan

Sebagai orang Muslim wajib tahu pasal zakat emas. Emas perhiasan ni ada dua kategori.
1) Emas yang dipakai
2) Emas yang disimpan

Emas yang dipakai di badan :

‘Uruf emas yang paling banyak dipakai di badan adalah 150gm. Katalah dia pakai lebih dalam 250gm.. yang dia kena bayar adalah 100gm mengikut ‘uruf yang ditetapkan… bukannya 250gm.

Kiraannya adalah :
250gm (pakai) – 150gm (‘uruf) = 100gm
100gm (lebihan pemakaian) x RM145.12 (kiraan emas sekarang *ketika status ditulis pada 31 Januari 2020) x 2.5% (kiraan kadar zakat tetap) = RM362.80 (inilah jumlah kiraan yang kena bayar jika pakai melebihi yang ditetapkan dalam islam)

Bagi emas yang disimpan pula :

Limit simpanan adalah :
85gm – jika melebihi 85gm WAJIBLAH MEMBAYAR ZAKAT EMAS
Contoh simpan gold bar 100gm.

Kiraan :
100gm x RM145.12 x 2.5% = RM362.80 wajib dibayar SOLID HARGA BARANG YANG DISIMPAN.
Jadi sebab tu apabila kita nak memilikinya hendaklah kita berilmu.

P/s: ‘uruf tidak melebihi 150gm adalah bagi kawasan KL.
*Kadar uruf di setiap negeri adalah berbeza-beza.

Bayarlah Zakat Emas Kerana..

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:
“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya.” (Sahih Muslim)

Semoga bermanfaat bagi mak-mak yang nak beli gelang emas. Beli emas banyak-banyak bayar zakat pun banyak.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar ringkasan yang berkaitan dengan “Emas Yang Dipakai Atau Tidak, Tetap Kena Bayar Zakat, Ini Cara Kira.” ini sahaja. Tiada kaitan dengan mana-mana individu.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×