KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Elaun Mencari Pekerjaan (EMP): Bantuan Elaun Kepada Bukan Pencarum PERKESO RM300

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP): Bantuan Elaun Kepada Bukan Pencarum PERKESO RM300


PEMULIH: Perluasan pemberian insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) kepada bukan pencarum PERKESO.

Kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan itu boleh mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya RM300.

“Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30,000 orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan. Pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pula akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20,000 pencari pekerja dalam ekonomi gig,” katanya dalam perutusan khas pengumuman bantuan itu, hari ini.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Elaun mencari Pekerjaan PERKESO dan cara membuat permohonan.

Apakah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) PERKESO?

Menerusi Belanjawan 2021, Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan SIP Prihatin menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) untuk membantu pekerja yang mencarum dengan
PERKESO dan kehilangan pekerjaan meneruskan kelangsungan hidup serta mendapatkan peluang pekerjaan baharu.

Kini, bantuan segera ini turut diperluaskan kepada golongan bukan pencarum PERKESO termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

elaun-mencari-pekerjaan

Syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan Umum :

  1. Golongan yang hilang pekerjaan dan tidak dilindungi oleh Sistem Insurans Pekerjaan (PERKESO).
  2. Golongan yang menganggur.
  3. Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti mencari pekerjaan melalui portal MyFutureJobs.
  4. Menghadiri temuduga PERKESO.

Bagi melayakkan mereka menerima bantuan ini, pemohon perlu :

  • mendaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs yang diuruskan PERKESO agar usaha pencarian pekerjaan mereka dapat dibantu dan dipantau oleh PERKESO.
  • menghadiri sekurang-kurangnya tiga temuduga dalam sebulan, sama ada secara fizikal atau dalam talian

Nilai Bantuan / Insentif Yang Diterima

Pemohon yang memenuhi syarat-syarat ini dan membuat pendaftaran akan melayakkan mereka menerima insentif EMP sebanyak RM300 sebulan selama tempoh 2 bulan.

Sekiranya pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan melalui portal MYFutureJobs, insentif tambahan sebanyak RM400 akan diberikan kepada mereka.

PERKESO menyasarkan seramai 229,000 pencari kerja akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Tarikh Pendaftaran

Pendaftaran untuk program ini akan bermula pada 15 Julai 2021.

Cara Pendaftaran Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO

Cara pendaftaran secara online akan dibuka melalui laman web PERKESO mulai 15 Julai 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Careline PERKESO 1300-22-8000 atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my.

×