
Ramai yang tidak tahu bila kereta anda bertukar warna apabila di cat, anda perlu mengisi borang di JPJ selepas dicat.
Jika anda tidak memberitahu pihak JPJ anda boleh disaman.

Prosedur Tukar Warna Cat Kenderaan JPJ
Hal ini tertakluk kepada Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu – Pemeriksaan Kenderaan Motor dan Pemberian Maklumat kepada Ketua Pengarah.
Pengemaskinian warna kenderaan adalah penting supaya jika berlaku apa-apa seperti kemalangan atau kecurian, warna kenderaan yang didaftarkan boleh dijadikan rujukan.
Maka, ada prosedur tertentu yang perlu dilakukan jika kita ingin menukar warna kenderaan.
Bagi yang belum tahu prosedur menukar warna kenderaan JPJ, di sini kami kongsikan bagaimana cara untuk berurusan di JPJ, seperti yang diterangkan oleh pihak JPJ sendiri.
PANDUAN TUKAR CAT / WARNA KENDERAAN JPJ
Merujuk Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna, perlu diberi suatu Notis Arah Periksa atau PG1.
Notis tersebut diberikan supaya pemilik memaklumkan kepada JPJ setiap perubahan warna kenderaan berkenaan.
Jadi, untuk urusan tukar warna cat kenderaan, tak kiralah motor atau kereta atau apa-apa kenderaan lain, kita boleh rujuk prosedur JPJ yang dinyatakan dalam infografik di bawah.
Panduan tukar warna cat kenderaan jpj kereta

Sila lakukan langkah berikut:
- Cat dahulu kenderaan.
- Apabila siap di cat, hadir ke Pejabat JPJ.
- Jika melebihi dari 1 warna, warna yang paling banyak @ dominan di anggap warna kenderaan.
- Isi Borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serah pada Pegawai bertugas.
- Pegawai bertugas akan mengemaskini dalam sistem MySikap.
- Tiada bayaran dikenakan.
Dah jelas kan?
Jadi lepas ni sama-sama beringat dan ambil maklum prosedur tukar cat kenderaan di JPJ ya.
Jangan lupa ingatkan kawan-kawan dan keluarga sekali!
Semoga bermanfaat.
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia
Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Elak Kena Saman! Ini Panduan Tukar Warna Cat Kenderaan JPJ” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.