KerjaKosong.Co » Portal Rasmi » egumis

egumis


egumis | Pernah dengar pasa eGUMIS tak? Electronic Government Unclaimed Money Information System atau singkatannya eGUMIS adalah sistem yang dicipta bagi mempercepatkan proses semakan wang yang tak dituntut secara atas talian.

Semasa dalam satu sidang media, Datuk Othman Aziz selaku Timbalan Menteri Kewangan  pada masa itu berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik WTD telah dibuat pada tahun ini dan 34,353 permohonan adalah dari sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Sistem eGUMIS ini dapat diakses melalui portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mulai 1 Januari 2020. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai permohonan tuntutan WTD.

egumis

SEMAKAN WTD ONLINE

“Jabatan Akauntan Negara Malaysia juga akan menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi memudahkan serta membolehkan rakyat terutama sekali rakyat yang berada di luar bandar untuk mengakses serta menyemak status WTD”, kata beliau semasa menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari mengenai langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kewujudan WTD.

Sehingga 31 Oktober 2017 jumlah WTD adalah RM5.96 bilion dimana 70% daripadanya adalah disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

3 KATEGORI WANG TIDAK DITUNTUT

Seperti yang dimaklumkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM), terdapat tiga kategori WTD iaitu :-

1. Wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemiliknya namun tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;

2. Wang dalam satu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh pemilik akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.

  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

3. Wang dalam satu akaun dagangan yang telah tidak dilakukan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

  • akaun pemiutang dagangan
  • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Untuk makluman, Pendaftar Wang Tak Dituntut atau Kementerian Kewangan tidak melantik mana – mana orang tengah sama ada individu/firma/syarikat bagi menguruskan tuntutan bayaran balik WTD. Anda perlu berhati – hati jika terdapat pihak yang cuba menggunakan WTD dan dikenakan caj tambahan kerana WTD tidak mengenakan apa apa caj tambahan.

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut

Sementara menunggu eGUMIS aktif, anda juga boleh membuat semakan secara manual di seluruh negara. Langkah – langkah adalah seperti berikut :-

  • Hadir ke kaunter JANM pada waktu bekerja sahaja
  • Sila bawa bersama dokumen penting seperti MyKAD dan juga salinan sijil kematian jika ingin menyemak bagi si mati
  • Serahkan dokumen di kaunter JANM bagi membuat pendaftaran
  • Pegawai JANM yang bertugas akan menyemak WTD anda
  • Status WTD akan diketahui dalam masa beberapa minit sahaja tanpa eGUMIS
  • Pegawai tersebut akan memberi senarai wang yang boleh dituntut termasuklah cara membuat tuntutan.
  • Perkhidmatan semakan ini juga adalah 100% percuma.

SENARAI SEMAK DOKUMEN DIPERLUKAN EGUMIS

Bagi membuat permohonan tuntutan WTD, terdapat beberapa dokumen yang perlu dibawa bersama iaitu :

  • Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
  • Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/pasport bagi pemohon bukan warganegara.
  • Dokumen asal seperti buku bank/sijil simpanan tetap
  • Jika tiada dokumen asal, surat pengesahan perlu disertakan daripada syarikat yang membuat serahan WTD
  • Salinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank pemohon yang masih aktif dan perlu disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

CARA MEMBUAT TUNTUTAN WTD EGUMIS

Selepas Pendaftar WTD telah berpuas hati dengan pemohon dimana pemiliknya telah sah, Pendaftar akan terus membayar kepada pemohon sama ada dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan. Pemohon haruslah menyakinkan Pendaftar WTD dimana beliau adalah pemilik yang sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

Langkah 1 : Layari portalrasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Sila buat pendaftaran sebagai pengguna. Sila masukkan emel yang aktif dan anda akan menerima emel yang mengandungi kata laluan sementara.
Langkah 3 : Log masuk portal tersebut dengan menggunakan kata laluan sementara yang telah diemel. Pengguna harus menukar kata laluan kepada kata laluan baharu.
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” bagi membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat. Anda perlu cetak maklumat WTD tersebut (jika ada)

Tanggungjawab Pendaftar WTD

  • Perlu amanah terhadap WTD yang diterima.
  • Perlu bayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan.
  • Perlu periksa rekod syarikat atau firma bagi mematuhi peruntukan Akta.
  • Jika syarikat atau firma tidak mematuhi peruntukan Akta akan dikenakan kompaun dan hukuman denda

Makluman Mengenai Serahan WTD Bagi Tahun 2017

Seperti sedia maklum, WTD secara atas talian (online) masih dalam usaha dibangunkan. Namun dukacita dimaklumkan bahawa sistem eGUMIS masih diperingkat pembangunan. Oleh itu, prosedur sedia ada bagi serahan WTD akan dikekalkan (bagi tahun berakhir 31 Disember 2016).

Sehubungan dengan itu, telah menjadi tanggungjawab pihak syarikat atau firma supaya mematuhi tarikh akhir penyerahan dokumen WTD selewat – lewatnya 31 Mac 2017. Pihak syarikat atau firma harus memastikan serahan WTD kepada Pendaftar WTD adalah lengkap :

  • Dua salinan asal Serahan Wang Tak Dituntut – Borang UMA4 (Pin. 1/2016);
  • Tiga salinan asal Daftar Wang Tak Dituntut – Borang UMA3 (Pin. 1/2002);
  • Satu salinan softcopy (cd) Daftar Wang Tak Dituntut UMA3;
  • Bukti bayaran serahan kepada Pendaftar iaitu Resit Perbankan Atas Talian.

Pendaftar WTD akan membuat hebahan mengenai pelaksaan sistem baru melalui laman web rasmi JANM dan akan memastikan syarikat atau firma diberi masa yang cukup bagi melaksanakan pengubahsuaian sistem supaya memenuhi keperluan sistem serahan WTD secara online.

Proses Serahan WTD

Dibawah ini merupakan proses serahan daftar WTD bagi tahun berakhir 31 Disember 2016.

Berdasarkan Seksyen 10 Akta Wang Tak Dituntut 1965, syarikat atau firma adalah bertanggungjawab :-

  • Menyimpan serta menyelenggara satu daftar bagi WTD sehingga 31 Disember (mengikut format yang telah ditetapkan oleh Pendaftar WTD)
  • Menyerahkan wang beserta dengan daftar WTD tidak melebihi 31 Mac tahun berikutnya.
  • Mengemukakan daftar WTD untuk tujuan pewartaan.
  • Bayaran serahan WTD adalah melalui Perbankan Atas Talian mulai 2016.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai WTD anda boleh memuat turun borang penting WTD di web rasmi JANM di anm.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai WTD, anda boleh terus menghubungi pejabat pendaftar WTD di alamat seperti berikut :-

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430

 

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×