Cara Memohon » EBelia : Bantuan E-Wallet RM150 (Cara Permohonan)

EBelia : Bantuan E-Wallet RM150 (Cara Permohonan)

EBelia : Bantuan E-Wallet RM150 bantuan terkini. Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Kredit RM150 kepada golongan yang layak.

Program Ebelia ini khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi (PEMERKASA) yang telah diperkenalkan oleh Menteri Kewangan pada 17 Mac 2021 yang lalu.

Apakah itu E-Wallet EBelia PEMERKASA

Melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah umumkan bantuan kredit eWallet sebanyak RM150 menerusi Program eBelia ini.

Melalui program ini, mereka yang layak akan dapat bantuan RM150 secara one-off dan boleh ditebus melalui beberapa aplikasi yang telah dipilih.

Anda kini boleh melalukan transaksi tanpa tunai dalam urusan pembelian barangan secara online.

cara-penebusan-ebelia-kredit-ewallet (1)

Syarat Kelayakan eBelia Bantuan RM150?

Dalam program Ebelia PEMERKASA ini, syarat kelayakan bagi mereka yang layak adalah seperti berikut :

  • Belia 18 – 20 tahun
  • Belia yang masih belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)

Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai (cashless) dalam urusniaga dan pembelian barangan secara atas talian.

Dalam pembentangan Bajet 2021 kerajaan juga telah mengumumkan Bantuan RM1000 Golongan Belia kepada golongan belia yang berkelayakan.

Tarikh Penebusan eBelia Wallet RM150

Tarikh & tempoh tuntutan kredit e-Wallet ini adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh digunakan sehingga 31 Julai 2021.

Cara Permohonan Kredit e-Wallet RM150

Anda boleh tebus melalui aplikasi eWallet yang telah dipilih oleh kerajaan :

  • Touch n Go
  • ShopeePay
  • Boost
  • BigPay

Untuk permohonan ShopeePay, sila klik di pautan berikut untuk permohonan : Ebelia ShopeePay

Semoga berjaya dalam penebusan & permohonan anda.

Leave a Comment

×