e-Operasi

e-Operasi

E-Operasi merupakan salah satu Modul Pengurusan Guru yang telah diwujudukan oleh BPM (Bahagian Pengurusan Maklumat) dan dilaksanakan di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Setiap guru yang terlibat wajib melaksanakan verifikasi data guru melalui sistem e-Operasi 2019 ini.

Modul Pengurusan Guru ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu:

– Pentadbir Sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, & Sekolah)
– Pengguna (guru dan juga bukan guru)

LOGIN E-OPERASI: KEMASKINI MAKLUMAT GURU


Semua bahagian Sektor Operasi Pendidikan iaitu Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Bahagian Kokurikulum, Bahagian Sukan dan Kesenian serta Bahagian Pengurusan Sekolah Kecemerlangan dan Sekolah Berasrama Penuh perlu memastikan maklumat guru adalah tepat dan terkini.

Pengguna utama untuk modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru). Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:

Pengguna – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem modul ini.

Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja yang layak untuk memakai modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

MODUL PENGGUNA

Berikut dikongsikan modul pengguna sistem e-Operasi bagi anda yang masih kurang faham bagaimana sistem ini berfungsi:

Laman utama untuk sistem e-Operasi ini memaparkan beberapa maklumat penting iaitu Pengumuman, Log Masuk, Bantuan, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terbaru dari ruangan pengumuman dan Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.

e-operasi-guru-kpm
Untuk pengguna kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran untuk pengguna baru.

Hanya klik “Pendaftaran Pengguna” atau layari https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

login-eoperasi
Anda perlu mengisi ruangan ini dengan hati-hati supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.

Pastikan semua butiran adalah sahih dan tepat terutama bahagian Nama, No. Kad Pengenalan, No. Gaji, dan Emel.

Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan WAJIB diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika pengguna hendak menukar kata laluan.

Kemudian Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.

Anda boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem e-operasi dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

Selepas berjaya login masuk, terdapat paparan bagi nama dan no kp. Senarai menu disediakan di sebelah kiri.

Pautan Muat Turun Manual Pengguna disediakan untuk dimuat turun bagi memudahkan pengguna.

Sekiranya terdapat maklumat tidak tepat dan salah, pengguna perlu memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini dengan segera.

kemaskini-maklumat-guru
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi Pentadbir Sistem melalui emel [email protected]

Info Tambahan:

Bagi ibu bapa atau guru yang ingin menyemak dan mengakses keputusan murid-murid di sekolah, boleh layari website rasmi SAPS Ibu Bapa (Klik Sini) untuk semakan yang lebih mudah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.