e-Operasi – Login Modul Pengurusan Guru KPM

e-Operasi – Login Modul Pengurusan Guru KPM. Setiap guru wajib melaksanakan verifikasi data guru melalui sistem e-Operasi 2019.

e-Operasi adalah salah satu Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru. Terdapat beberapa kategori pengguna iaitu:

1. Pentadbir Sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah)
2. Pengguna (guru dan bukan guru)

Login e-Operasi: Kemaskini Maklumat Guru

Semua bahagian Sektor Operasi Pendidikan iaitu Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Bahagian Sukan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan perlu memastikan maklumat guru adalah sahih, tepat dan terkini.

Sasaran pengguna utama modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru). Perincian adalah seperti berikut:

1. Pengguna – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;
2. Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Modul Pengguna

Laman utama e-Operasi memaparkan beberapa maklumat penting antaranya Pengumuman, Log Masuk, Bantuan, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian.

Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.

E Operasi KC Laman Utama min

Untuk pengguna kali pertama, anda harus membuat pendaftaran pengguna baru.

Hanya klik “Pendaftaran Pengguna” atau layari https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

login eoperasi min

Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.

Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.

Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.

Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.

Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no kp. Senarai menu disediakan di sebelah kiri.

Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna.

Sekiranya terdapat maklumat tidak tepat, pengguna perlu memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini.

kemaskini maklumat guru min

Portal jawatan kosong kerjakosong.co berharap dengan berkongsian ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman terhadap fungsi modul pengguna sistem e-Operasi. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi Pentadbir Sistem melalui emel [email protected]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.