KerjaKosong.Co » Isu Semasa » (Video) Detik Sayu, Keluarga Menangis Melihat Jenazah Ibu Tercinta Hanya Lalu Depan Rumah Sahaja

(Video) Detik Sayu, Keluarga Menangis Melihat Jenazah Ibu Tercinta Hanya Lalu Depan Rumah Sahaja


Saat-saat genting ini, ramai yang terkorban akibat wabak virus Covid-19. Lebih memilukan lagi apabila mangsa korban tersebut melibatkan ibu dan ayah kita serta ahli keluarga.

Pastinya terasa begitu berat ujian dan perit rasanya untuk ditanggung, andai orang ”tersayang’ pergi tanpa kita berada disisinya. Bukan itu sahaja, kita sebagai anak tidak dapat berbuat apa-apa hanya doa sebagai penawar rindu.

Menerusi laman Facebook, Norasma Tahir berkongsi perjalanan terakhir ibu tercinta  yang cukup menyentuh perasaan semua orang yang menonton. Video tersebut menunjukkan anak-anak berdiri di bahu jalan dalam keadaan sayu menunggu untuk melambaikan tangan ke arah van yang membawa jenazah ibu tercinta ke tanah perkuburan.

Sungguh pilu hati ini apabila pasukan mengiringi van jenazah tersebut memperlahankan kenderaan mereka untuk memberi peluang kepada ahli keluarga melihat dari jauh sebagai tanda penghormatan terakhir untuk jenazah.

Bukan itu sahaja, anggota polis juga menohon maaf kepada ahli keluarga dan memohon agar semua bersabar serta menasihatkan untuk sedekahkan surah al-Fatihah kepada Allahyarhamah.

“Minta maaf ya, wan tak dapat singgah di rumah, kita bawa terus ke destinasi terakhir, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah ya…”

Untuk tonton video, KLIK DI SINI
https://www.facebook.com

 

Sumber: Norasma Tahir, Siti Norsiah Osman

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×