Isu Semasa » Denda Ekzos Bising: Pemilik Motor Boleh Dikenakan RM2,000 Maksimum

Denda Ekzos Bising: Pemilik Motor Boleh Dikenakan RM2,000 Maksimum

Denda Ekzos Bising: Pemilik Motor Boleh Dikenakan RM2,000 Maksimum

Ekzos Bising: Denda Pemilik Motor RM2,000 Maksimum

Tidak semena-mena penunggang motor dan motosikal di Malaysia dicampakkan penguatkuasaan kesalahan jalan raya yang baru. Penunggang motosikal tidak dibenarkan untuk menggunakan ekzoz yang kuat di jalan raya, jika ingkar boleh kena saman polis pdrm.

Sekarang ini sana sini ada sahaja kedengaran yang kena saman dengan dengan polis pdrm, termasuk roadblock dan sekatan jalan raya gara-gara pengunaan ekzos yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Sedangkan pelaksanaan yang dilakukan sekarang ini amat mengejutkan! Ramai yang tidak tahu panduan, info yang tepat samada ekzos yang penunggang motor / motosikal gunakan dikategorikan sebagai bising atau tidak, salah atau tidak.

Cara Nak Tahu Ekzos Bising atau Tidak?

Persoalannya sekarang ini berapa kuat bunyi ekzoz motosikal / motor yang dibenarkan oleh pihak polis pdrm semasa di atas jalan raya?

Masalah sehingga ke hari ini, pihak Polis Diraja Malaysia belu mengeluarkan sebarang butiran lanjut, berapa kuat bunyi ekzos motor / motosikal sehingga boleh dikategorikan sebagai bunyi bising.

Setakat ini berdasar semakan kami, hanya ada Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menunjukkan di sini bahawa:

“setiap individu yang mengubah ekzos melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda RM2,000 atau penjara 6 / enam bulan”

Leave a Comment

×