Panduan Menulis Resume
Berikut merupakan laman web yang sering mengiklankan pekerjaan-pekerjaan kosong di luar sana dan anda harus memuat naik resume anda yang terkini:-
1) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8i)
2) Jobstreet
3) JobsMalaysia dan
4) Lain-lain
Panduan Membuat Resume Dengan Betul
1. Mengandungi dua (2) atau tiga (3) muka surat sahaja.
Perkara yang penting dalam membina resume adalah secara ringkas, padat dan tepat. Seharusnya anda hendaklah mengelak daripada membuat penulisan resume yang berpanjangan dan penuh perkataan perkataan yang tidak penting kerana panel temuduga hanya melihat maklumat yang dihendaki sahaja berkaitan jawatan yang dipohon.
2. Meletakan profil foto yang betul dan bersesuaian
Anda hendaklah meletakan profil foto yang kemas, sopan yang bersesuaian dengan anda sebagai seorang pemohon pekerjaan. Elakkan gambar seperti selfie, free style, and lain-lain yang tidak mencirikan seorang pemohon pekerjaan. Lihat gambar contoh dibawah:-
3. Penggunaan email yang formal
Email yang formal adalah seperti mohdadam@gmail.com, norafikah@yahoo.com dan lain-lain lagi. Elakkan penggunaan email seperti gadiscantik@gmail.com, abghandsome@yahoo.com kerana tidak menggambarkan keseriusan anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
4. Objektif resume yang jelas dan tepat
Objektif resume harus lah jelas seperti dan tidak terlalu umum sehingga panel sumber manusia tertanya-tanya dan mencari-cari apakah objektif sebenar anda.
Contoh yang baik:
Objektif : Memohon Posisi Eksekutif Pemasaran dalam bidang Jual Beli Hartanah
Contoh yang kurang baik;
Objektif : Memohon Posisi Pemasaran
5. Maklumat peribadi yang berkenaan sahaja.
Nama, Email, No Telefon Bimbit, Alamat, No Kad Pengenalan adalah maklumat penting yang harus ada dalam resume anda kerana dengan maklumat ini, majikan dapat menghubungi anda sekiranya anda dipanggil untuk temuduga.
Sekiranya anda memohon pekerja seperti pemandu kenderaan, maklumat mengenai lesen adalah wajib diletakan di dalam resume anda.
6. Senarai Pencapaian Akademik Tertinggi Dahulu.
Susunan yang betul untuk pencapaian akademik dalam resume anda adalah meletakkan pencapaian tertinggi dahulu. Sebagai contoh:-
1. Ijazah Sarjana Muda (Bidang Pengajian)
2. Diploma (Bidang Pengajian)
3. SPM (Sekolah)
Nota: Jika keputusan anda adalah cemerlang and baik, anda boleh meletakkan berapa CGPA yang diperolehi. Jika sebaliknya, tulis nama sijil yang diperolehi dan nama intitusi pengajian.
7. Penggunaan kata kunci yang betul.
Seterusnya, penggunaan kata kunci yang betul seperti pemilihan kata kunci yang ‘di BOLD’ sebagaimana contoh.
Contoh tidak sesuai dalam resume:-
2016
* AJK Khidmat Masyarakat di Komuniti Kuantan
* Pengerusi Majlis Tindakan Siswa Negeri Perak
* Marathon Peringkat Universiti
* Menyertai Pertandingan Tarik Tali
* Persembahan Pancaragam Minggu Mesra Pelajar
2015
* Bendahari Majlis Makan Malam Fakulti Pengajian
* Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan
* AJK Minggu Mesra Pelajar UMT
* Pengusaha Gerai Peribadi sempena minggu usahawan berjaya
Bagi senarai yang sama diatas, resume yang baik tidak perlu menyenarai kesemua bahan ini. Anda boleh ringkaskan dan jadikan ianya matang dan menarik seperti berikut.
Contoh resume yang baik:-
1. Ketua Pengarah Mahasiswa Majlis Tindakan Siswa Universiti, 2016.
2. Fasilitator Brainstorming bagi Program Khidmat Masyarakat Komuniti Kuantan, 2015.
3. Wakil kolej bagi Marathon tahunan Peringkat Universiti, 2014 – 2016.
4. Perancang Terperinci dan Pelaksanaan Jualan Gerai A – Minggu Usahawan UMT, 2015
Jadi dengan sedikit ubah suai ini, resume anda kini sangat berkualiti dan peluang mendapatkan pekerjaan lebih cerah. Ianya sangat ringkas dan padat. Walaupun pencapaian yang sederhana, dari tip resume ini InshaAllah akan membantu anda tersenarai pendek bagi tujuan temuduga nanti. Lihat contoh resume dibawah:-
Selain itu, harus diingatkan, sebarang penipuan dalam resume hanya akan memerangkap anda di kemudian hari. Oleh itu gunakan contoh perkongsian ini sebaiknya. Semoga perkongsian kali ini membantu dan membawa manfaat kepada pemohon-pemohon kerja di luar sana. Semoga berjaya.