CISM

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

CISM atau Corporate Intergrity System Malaysia merupakan rangka kerja yang dimulakan oleh Institut Integriti Malaysia dan disokong oleh Pengurusan Prestasi (Performance Management) dan Delivery Unit (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bursa Malaysia Bhd, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Transparency International Malaysia (TI-M).

Apa Itu CISM?

Rangka kerja Corporate Intergrity System Malaysia adalah untuk menyokong inisiatif integriti korporat di bawah arahan jika Model Ekonomi Baru untuk Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Sasaran 3 Rancangan Integriti Nasional, iaitu meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat. Komitmen jangka panjang dan rasa pemilikan dari semua pemegang kepentingan adalah faktor penyumbang utama untuk memenuhi objektifnya.

Objektif Utama CISM

Menerapkan nilai-nilai bebas rasuah dan beretika ke dalam budaya perniagaan negara.

Program Ikrar Integriti Korporat/ Corporate Integrity Pledge (CIP) telah diperkenalkan pada tahun 2011 untuk menginstitusikan struktur tadbir urus korporat dalam usaha untuk perangi rasuah. Kemudian, Rantaian Nilai CISM diperkenalkan untuk memudahkan dan menyelaraskan pelaksanaan CIP dalam komuniti perniagaan negara. Rantaian Nilai CISM berfungsi untuk membantu komuniti perniagaan mengenal pasti cabaran yang dihadapi dan jurang untuk melaksanakan integriti korporat.

Contohnya Syarikat SSM yang telah memperkenalkan agenda Tanggungjawab Korporat (Corporate Responsibility SSM). Agenda ini telah diiktiraf oleh CISM sendiri bagi melindungi komuniti perniagaan negara.

Mohon artikel ini bermanfaat kepada anda yang sukakan ilmu. Bagi mereka yang nak tahu tentang bsh bujang 2020 atau Egumis semak wang tidak dituntut (WTD) boleh lawati portal rasmi artikel disini sekarang!

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!