Cara Semak STATUS MYSALAM. Perlindungan sehingga RM8,000

Cara Semak STATUS MYSALAM. Perlindungan sehingga RM8,000

Kes Covid-19 nampaknya semakin meningkat, jadi ramai yang tertanya tentang perlindungan kesihatan dari MySalam.

Kami ingin berkongsi cara menyemak MySalam dan senarai penyakit yang dilindungi oleh MySalam.

BAGAIMANA NAK SEMAK STATUS MYSALAM.

Apa itu MySalam?

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

  • Penerima Bantuan Sara Hidup
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Kategori BSH

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Senarai 45 Penyakit Kritikal yang dilindungi di bawah MySalam

1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk

2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari

3. Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian

4. Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu

5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih

6. Pembedahan Otak

7. Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal

8. Kardiomiopati – Keterukan Tertentu

9. Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang

10. Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan

11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari

12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih

13. Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian

14. Kegagalan Hati Tahap Akhir

15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir

16. AIDS Dengan Gejala Penuh

17. Hepatitis Viral Fulminan

18. Serangan Jantung – Keterukan Tertentu

19. Pembedahan Injap Jantung

20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah

21. Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang

22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)

23. Hilang Keupayaan Bertutur

24. Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian

25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang

26. Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan

27. Sklerosis Multipel

28. Distrofi Otot

29. Kelumpuhan Anggota

30. Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian

31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu

32. Penyakit Arteri Koronari Serius

33. Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan

34. Pembedahan Aorta

35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk

36. Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu

37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan

38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)

39. Penyakit Sistik Medular

40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)

41. Poliomielitis

42. Skleroderma Progresif

43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik

44. Elefantiasis (Penyakit Untut)

45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Boleh Semak Status Anda Di Link Ini SEMAKAN STATUS MYSALAM

Bagi mereka yang telah mendaftar, boleh terus masukkan No. Kad Pengenalan.

Bagi mereka yang belum pernah mendaftar, korang boleh klik login kali pertama.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Semak STATUS MYSALAM. Perlindungan sehingga RM8,000” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×