KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Cara Mudah Tukar Duit Raya, Tidak Perlu Beratur Di Kaunter

Cara Mudah Tukar Duit Raya, Tidak Perlu Beratur Di Kaunter


Cara Mudah Tukar Duit Raya, Tidak Perlu Beratur Di Kaunter

Dua minggu lagi akan masuk bulan Syawal dan bagi umat islam kita akan menyambut Aidilfitri.

Walaupun suasana mungkin tidak sama seperti dulu, kemeriahan raya dalam norma baharu turut dirasai.

Cuma sedikit sayu apabila masih tiada pengumuman baharu mengenai kebenaran rentas negeri yang tentunya ditunggu-tunggu oleh semua.

Berbicara mengenai raya, pastinya duit raya menjadi salah satu ‘elemen’ penyeri keriangan perayaan.

Justeru, berita baik buat anda, kini anda tidak perlu beratur panjang untuk menukar duit raya di kaunter Maybank lagi kerana perkara tersebut boleh dibuat di mesin ATM sahaja. Lebih cepat dan mudah cara untuk mengendalikannya.

Bagaimana caranya? Ikuti langkah- langkah dibawah :

1.Anda hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang terpilih yang mempunyai perkhidmatan ini. Bagaimana cara anda hendak mengetahui bahawa ATM cawangan yang berhampiran mempunyai perkhidmatan tersebut adalah dengan memastikan di mesin ATM tersebut tertera satu kad yang tertulis ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’

2.Kemudian tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah yang anda inginkan.

3.Jumlah maksimum adalah sebanyak RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

×