Cara Mohon MySalam COVID-19 Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif RM50 Sehari

Cara Mohon MySalam COVID-19 Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif RM50 Sehari

Berita baik bagi mereka yang tak boleh pergi kerja atau berniaga sebab kena kuarantin dekat rumah kerana jadi kontak rapat pesakit Covid-19. Kalau tiba-tiba keputusan positif pula macam mana? Langsung tak boleh kerja atau berniaga dah. Gaji takde kalau tak pergi kerja, bisnes pun tak boleh jalan macam mana nak tanggung keluarga ni? Jangan risau, kerajaan ada sediakan bantuan tunai atau tuntutan manfaat penggantian pendapatan yang dikenali sebagai MySalam Covid-19.

Pada awalnya manfaat ini hanya boleh dimohon oleh mereka yang dimasukkan ke wad disebabkan Covid-19. Namun pada Ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN Rakyat oleh Perdana Menteri pada 27 Mac yang lalu telah memperluaskan manfaat ini kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).

Cara Mohon MySalam Covid-19 Bayaran Penggantian Pendapatan

Jadi macam mana korang yang layak untuk memohon boleh dapatkan bantuan ni? Berapa pula jumlah penggantian pendapatan yang kita boleh dapat? Rujuk maklumat lanjut di bawah.

Jumlah Bantuan MySalam Covid-19

  • RM50/sehari
  • Terhad kepada 14 hari setahun (Maksimum RM700)

Syarat Kelayakan MySalam Covid-19

Penerima MySalam Covid-19 mestilah merupakan penerima sedia ada skim MySalam iaitu golongan B40 (penerima BSH) dan juga golongan M40 (bukan penerima BSH dan berpendapatan kasar tahunan tidak lebih RM100,000). Justeru bagi penerima manfaat MySalam, tuntutan boleh dibuat bagi situasi berikut:

  1. Pesakit yang disahkan Positif Covid-19 (B40 & M40)
  2. Disyaki Covid-19 & ditahan di pusat kuarantin KKM sebagai pesakit di bawah siasatan atau PUI (B40)
  3. Disyaki Covid-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri sebagai pesakit di bawah siasatan atau PUI (B40)

*Takrifan PUI boleh rujuk: (PUI) Kementerian Kesihatan Malaysia

NOTA: Perlu diingatkan, sebarang tuntutan MySalam Covid-19 bagi self-quarantine atau kuarantin secara sukarela tanpa arahan KKM tidak akan dibayar.

Cara Mohon Tuntutan MySalam Covid-19

Sekiranya anda melepasi syarat yang dinyatakan di atas, bolehlah membuat tuntutan melalui dua cara iaitu:

1. Secara Online

  1. Log masuk ke Portal MySalam dengan memasukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan
  2. Klik Tuntutan diikuti dengan Penyerahan Tuntutan
  3. Klik Tuntutan Hospitalisasi mengikut kategori pesakit:
    • Pesakit Positif Covid-19
    • Disyaki Covid-19 & ditahan di pusat kuarantin KKM
    • Disyaki Covid-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri
  4. Isikan butiran yang diperlukan berikut:
    • Tarikh masuk wad/mula kuarantin
    • Tarikh keluar wad/tamat kuarantin
    • Nama hospital/premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
  5. Seterusnya muatnaik (upload) dokumen berikut dan klik Lampirkan
    • Kad Pengenalan (depan dan belakang)
    • Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
    • Surat Perintah Kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)
  6. Klik Hantar kemudian klik Saya Setuju dan permohonan akan diproses
  7. Status tuntutan berkait Covid-19 akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan disahkan oleh penilai MySalam Covid-19. Untuk menyemak status, klik butang Status Tuntutan.

2. Secara Manual

Pesakit juga boleh membuat tuntutan secara manual dengan pergi ke mana-mana kiosk MySalam dengan membawa salinan Kad Pengenalan dan Dokumen yang diperlukan.

  • Dokumen yang diperlukan:

  • Senarai Kios MySalam: Rujuk FAQ MySalam No 28

Maklumat lanjut

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi talian 1 300 888 938 atau emel ke [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×