Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!
Alhamdulillah, di kala kita semua individu dan pihak sedang berjuang untuk bangkit semula dalam meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan, ada sahaja pihak yang sudi membantu merealisasikan impian ini tidak kira sama ada kerajaan mahupun syarikat persendirian.
Terbaru, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM15 juta bagi skim bantuan modal perniagaan, Musaadah Tijariyahiaitu.
Bantuan RM3000 untuk 5000 Asnaf
Di bawah Program Transformasi Asnaf Jaya Baitulmal MAIWP (PROTAJ) ini dilancarkan bagi membantu asnaf keluar daripada kemiskinan.
Skim ini dijangka memberi manfaat kepada 5,000 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan maksimum RM3,000 setiap seorang.
Skim bantuan Musaadah Tijariyyah dibuka bermula 25 Mac hingga 5 April 2021 dan ia tidak mensyaratkan pemohon memiliki sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selama enam bulan, sebaliknya memadai dua bulan saja.
Sebanyak RM15 juta diperuntukkan dengan sasaran penerima seramai 5,000 orang,
Syarat Permohonan
1. Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan
4. Tertakluk kepada Had Kifayah
5. Mempunyai pendaftaran SSM 2 bulan dan ke atas
6. Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 6 bulan terkini
Tarikh permohonan adalah bermula 25 Mac 2021 (Khamis) hingga 5 April 2021(Isnin)
Permohonan boleh dibuat secara online atau melalui kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP, Pusat Agihan Zakat dan juga cawangan MAIWP di Putrajaya dan Labuan.
Direktori kaunter Baitulmal MAIWP, klik sini.
Sumber: MAIWP